Page 1212 - e Prosiding Serai 2021
P. 1212

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   KECENDERUNGAN MEMBACA BUKU-BUKU BAHASA MELAYU BAGI PELAJAR
                      TAHUN 5  SEKOLAH MENENGAH NURUDDIN DAERAH TAK-BAI WILAYAH
                                                     NARATHIWAT

                    Mastah Benchengoh B.A. , Lina Long B.A. , Kuhanisa Prasrinawong B.A.  dan
                                              1
                                                                2
                                                                                                3
                                                 Sahidin Nitiphak M.A. 4

                              1,2,3,4  Faculty of Liberal Arts, Princess of Naradhiwas University
                                               e-mel: disisiku@hotmail.com



                                                       ABSTRAK


               Kajian ini memberi tumpuan untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar

               Sekolah Menengah Nuruddin Daerah Tak-Bai Wilayah Narathiwat tidak suka membaca teks
               bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif. Populasi kajian terdiri daripada 150
               pelajar  sekolah  menengah  tahun  5  di  Sekolah  Menengah  Nuruddin  Wilayah  Narathiwat.

               Kemudian secara sampel rawak mudah telah diambil sebagai bilangan responden ialah 40
               orang  responden.  Data  diperoleh  melalui  soal  selidik,  pemerhatian  dan  temu  bual.
               Sehubungan itu, kajian ini digunakan dalam proses analisis kualitatif dengan berbantukan

               perisian  penganalisisan  SPSS.  Sejajar  dengan  itu,  dapatan  kajian  menunjukkan  bahawa
               terdapat  masalah  sama  ada  diri  pelajar  dan  persekitaran  untuk  menguasai  kemahiran
               membaca  dalam  bahasa  Melayu  keseluruhan  persepsi  pelajar  terhadap  kecenderungan

               membaca buku-buku bahasa Melayu (min = 3.86; s.p. = .34) khususnya aspek menguasai
               kemahiran membaca bahasa Melayu (min = 3.60; s.p. = .98) memahami maksud apabila baca

               buku bahasa Melayu (min = 3.45; s.p. = .81) dan minat mempelajari bahasa Melayu (min =
               3.40;  s.p.  =77).  Kesimpulannya,  jika  ahli-ahli  masyarakat  itu  minat,  gemar  dan  cekap
               membaca buku bahasa Melayu, sesungguhnya masyarakat tersebut telah menolong untuk

               memajukan bahasa dan budaya. Demikian, tergambar secara luasnya bahawa masyarakat
               Melayu selatan Thailand tidak minat membaca buku-buku bahasa Melayu. Bagi menangani
               masalah ini, guru sekolah juga mesti memainkan peranan penting untuk menggalak pelajar-

               pelajar  minat  membaca  buku-buku  bahasa  Melayu  dan  harus  memberi  peluang  untuk
               membantu  mengiktiraf  kebolehan  sepenuhnya  dengan  mengadakan  pengajaran  aktiviti
               kemahiran membaca yang beragam.



               Kata Kunci: buku-buku bahasa Melayu, kecenderungan membaca, Thailand









               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1194
   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214   1215   1216   1217