Page 1209 - e Prosiding Serai 2021
P. 1209

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               KESIMPULAN KAJIAN

               Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa tahap penggunaan aplikasi dalam talian

               murid sekolah menengah luar bandar di negeri Pahang berada pada tahap yang memuaskan.
               Walau  bagaimanapun,  kebanyakan  dari    mereka  bersetuju    dengan    kenyataan    bahawa

               penggunaan  aplikasi  dalam  talian meningkatkan  kemahiran  mereka  dalam  teknologi
               maklumat. PdPR juga adalah berkesan kerana guru menggunakan kemudahan TMK dalam
               pembelajaran. Dapatan ini disokong dengan kajian Najmi Syahiran Mamat (2020), bahawa

               sejak menjalani norma baharu, guru menjadi lebih kreatif dalam penggunaan bbm. Ini kerana,
               guru  perlu  memanfaatkan  penggunaan  teknologi  yang  ada  untuk  memastikan  proses
               pembelajaran murid tidak terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung.

                       Saranan kerajaan untuk guru mempelbagaikan kaedah PdPR perlu disambut baik.
               Walau bagaimanapun, hakikatnya, masih terdapat murid yang tidak mengikuti PdPR. Guru
               perlu  sensitif  dan  bersifat  membimbing apabila  menggunakan WhatsApp dan Telegram

               kerana  sesi  interaktif  yang  tidak  terkawal boleh  menjejaskan  emosi  murid dan  prestasi
               akademik  (Bouhnik & Deshen, 2014). Hal ini kerana dapatan kajian membuktikan responden

               selesa dan mudah untuk menggunakan WhatsApp dan Telegram sebagai alat perhubungan
               dalam menyampaikan  pengajaran mereka kepada murid.  Nor   Hidayati   Mokhtar  (2020),
               menjelaskan, pembelajaran dalam  talian ini  melahirkan murid  yang  mempunyai  kemahiran

               pembelajaran  sepanjang  hayat (Life  Long  Learning).
                       Kemahiran  pembelajaran  sepanjang  hayat  ini  adalah  salah  satu kemahiran  utama

               dalam  Kemahiran  Abad  ke-21  yang  perlu  dikuasai  oleh  setiap  individu untuk   berjaya
               dalam   abad   yang   mencabar   ini. Kajian   ini   juga   menunjukkan   bahawa penggunaan
               teknologi  maklumat  melalui  aplikasi  dalam  talian  adalah  metode  pengajaran yang  efektif

               untuk  dilaksanakan  kerana  mudah  untuk  di  akses  dan  boleh  digunakan pada  bila-bila
               masa.    Selain    memudahkan    murid,  kaedah    ini    membolehkan    murid    belajar    atau
               mengulang kaji pembelajaran  mengikut  waktu  masing-masing  serta  boleh  diulang  tayang.

               Kejayaan PdPR bergantung kepada peratusan penglibatan murid serta penguasaan mereka
               terhadap  objektif  pembelajaran  yang  disampaikan.  Kini,  kehadiran  murid  ke  kelas  perlu
               direkodkan  (KPM  2020).  Walau  bagaimanapun,  dapatan  kajian  ini  membuktikan  bahawa

               penyertaan murid dalam kelas PdPR adalah memuaskan sahaja.


               SYOR CADANGAN KAJIAN

               Keberkesanan PdPR tercapai apabila semua pihak memberi kerjasama dan komitmen dalam
               menjalankan aktiviti ini. Pelaksanaan pengajaran yang kurang berkesan dan kehadiran murid

               yang sedikit dalam PdPR perlu diambil tindakan segera oleh semua pihak seperti pentadbir
               sekolah,  guru,  ibu  bapa  dan  murid.  Penggunaan  Google  Meet  dan  Google  Classroom


               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1191
   1204   1205   1206   1207   1208   1209   1210   1211   1212   1213   1214