Page 1234 - e Prosiding Serai 2021
P. 1234
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sisipan. Terdapat juga imbuhan yang berbentuk terikat yang ditambah pada sesuatu
perkataan contohnya imbuhan ber-, di-, me- dan lain-lain. Kemudian, aspek kata sendi nama
pula ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa
dalam ayat (Fadil Othman, 2012). Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan
frasa nama seperti kata sendi nama di, bagai, laksana, seperti, ke dan lain-lain. Hal ini secara
tidak langsung memberikan kekeliruan terutama dalam penulisan kata ‘di’ mengikut fungsi
nahu sebenar.
PERNYATAAN MASALAH
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu ini sering dianggap mudah oleh sesetengah pihak
disebabkan oleh pembelajaran berunsur bahasa yang dianggap sebagai sesuatu yang biasa
terutama dalam pertuturan. Hassan Ahmad (2004), dalam Jurnal Melayu, menyatakan
bahawa bahasa merupakan alat peradaban Melayu. Dalam konteks ini, pengajaran bahasa
Melayu adalah sangat mencabar dan masyarakat juga hendaklah meningkatkan penguasaan
bahasa Melayu dalam kehidupan seharian agar martabat bahasa tetap terpelihara.
Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Melayu
yang telah disampaikan oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum di salah sebuah
sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah, pengkaji telah menemui permasalahan kemahiran
menulis dalam kalangan murid tahun 4. Hal ini merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 di dalam Standard Kandungan 3.2 iaitu
menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.
Dalam konteks ini, masalah yang dihadapi murid ialah kekeliruan dalam menulis kata
imbuhan “di” dan kata sendi nama “di” dalam penulisan. Tamsilnya, murid sering menjarakkan
penulisan perkataan “di tanam” sedangkan penulisan yang betul ialah “ditanam”. Begitu juga
penggunaan kata sendi nama “di” dalam penulisan seperti “di bawah” ditulis tanpa jarak iaitu
“dibawah”.
Dalam bidang pembelajaran, penggunaan imbuhan acap kali digunakan secara tidak
tepat disebabkan oleh kekeliruan dan kurang didedahkan kepada penulisan imbuhan secara
terarah (Abdullah Hassan, 2001). Kebanyakan latihan yang dibuat, adalah berfokus kepada
format penulisan semata-mata semasa latihan penulisan karangan. Pengkaji mendapati
bahawa 5 orang murid mempunyai masalah yang begitu ketara dalam menulis kata sendi
nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ pada penulisan mereka. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
keputusan untuk menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” dalam mengatasi masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian kerana lebih mudah difahami dan diingati.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1216

