Page 1233 - e Prosiding Serai 2021
P. 1233

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                     MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’ DAN KATA
                    IMBUHAN ‘DI’ MENGGUNAKAN ALAT BANTU “LADYBIRD DIDI” BAGI MURID
                                                        TAHUN 4

                              Mohd Najeeb Bin Abdul Rahshid dan Zainab Binti Hashim

                                  Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah
                                               mohd.najeeb.98@gmail.com



                                                       ABSTRAK


                Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan

                kata  imbuhan  ‘di’  sama  ada  dijarakkan  atau  dirapatkan  dengan  menggunakan  alat  bantu
                “Ladybird  DiDi”  dalam  kalangan  murid  tahun  4.  Kajian  ini  dijalankan  di  sebuah  sekolah
                kebangsaan  (SK)  yang  terletak  di  daerah  Kota  Kinabalu,  Sabah.  Peserta  kajian  terdiri

                daripada 5 orang murid Tahun 4 iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.
                Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946). Pengkaji telah menggunakan
                tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), pemerhatian

                dan  analisis  dokumen.  Intervensi  telah  dijalankan  bagi  meningkatkan  tahap  penguasaan
                peserta kajian dalam menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ sama ada dijarakkan

                atau  dirapatkan.  Hasil  dapatan  kajian,  didapati  bahawa  peserta  kajian  menunjukkan
                peningkatan  yang  begitu  ketara  khususnya  dalam  ujian  pos  serta  peningkatan  aspek
                pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa alat

                bantu “Ladybird DiDi” berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan
                kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dengan tepat.


               Kata kunci: Kemahiran menulis, Kata sendi nama ‘di’, kata imbuhan ‘di’, alat bantu “Ladybird
                          DiDi”


               PENGENALAN

               Dalam  mempelajari  Bahasa  Melayu,  pelbagai  kemahiran  perlu  dikuasai  oleh  murid-murid
               antaranya  ialah  kemahiran  menulis.  Menurut  Asmah  Omar  (2009),  kemahiran  menulis

               merupakan satu bentuk kemahiran berbahasa dan komunikasi yang penting kepada manusia
               pada masa kini. Dalam konteks ini, terdapat beberapa aspek dalam penulisan yang perlu

               ditekankan antaranya aspek tatabahasa seperti penulisan imbuhan dan kata sendi. Nik Safiah
               Karim  et.  al.  (2008)  menyatakan  bahawa  imbuhan  adalah  sebagai  bentuk  terikat  yang
               dicantumkan  pada  kata  dasar  dalam  proses  pembentukan  kata.  Berdasarkan  aspek

               tatabahasa, imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1215
   1228   1229   1230   1231   1232   1233   1234   1235   1236   1237   1238