Page 1235 - e Prosiding Serai 2021
P. 1235
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TUJUAN KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis kata sendi
nama ‘di’ dan kata Imbuhan ‘di’ menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” bagi murid tahun 4.
Objektif khusus adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan kemahiran murid menulis kata sendi ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’
menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” dengan betul.
2. Mengaplikasikan alat bantu “Ladybird DiDi” bagi meningkatkan penguasaan menulis
kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dalam kalangan murid Tahun 4.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah kemahiran murid menulis kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’ dengan betul dapat
ditingkatkan menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” ?
2. Adakah alat bantu “Ladybird DiDi” dapat diaplikasikan bagi meningkatkan penguasaan
menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dalam kalangan murid Tahun 4?
KAEDAH / METODOLOGI
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin
(1946). Hal ini, langkah penyelesaian yang dikemukakan melalui model ini sangat
bersesuaian dengan masalah yang difokuskan dalam kajian ini iaitu dengan melibatkan satu
lingkaran kitaran yang terdiri daripada 4 peringkat seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Prosedur Penyelidikan Tindakan
Peringkat Prosedur Penyelidikan Tindakan
Model Kurt
Lewin (1946)
Perancangan Perancangan yang sistematik dilaksanakan berdasarkan pengamalan
refleksi. Perancangan ini diharapkan dapat membuat perubahan positif
dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Tindakan Alat bantu “Ladybird DiDi” akan diperkenal kepada peserta kajian. Sesi
intervensi akan dilaksanakan kepada setiap peserta. Kemudian, diikuti
objektif pencapaian bagi menilai tahap penguasaan peserta kajian dalam
menangani masalah yang dihadapi.
Pemerhatian Berdasarkan instrumen yang dipilih, iaitu ujian bertulis, pemerhatian
berstruktur dan analisis dokumen, pencapaian serta tahap penguasaan
murid dapat dinilai. Hal ini, penilaian membantu pengkaji bagi mengambil
tindakan selanjutnya.
Refleksi Refleksi keseluruhan dilaksanakan merangkumi pencapaian setiap
perancangan yang dijalankan. Keputusan akhir yang diperoleh akan
menentukan intervensi yang dilaksanakan berhasil atau melangkah ke
lingkaran kedua.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1217

