Page 1242 - e Prosiding Serai 2021
P. 1242

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021




                              TEMA:  ADAKAH KEMAHIRAN MURID MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’
                                    DAN IMBUHAN ‘DI’ DENGAN BETUL DAPAT DITINGKATKAN DENGAN
                                        MENGGUNAKAN ALAT BANTU “LADYBIRD DIDI” ?




                                                 Rajah 6: Analisis Tema

                    Berdasarkan  Rajah  6,  hasil  analisis  dokumen  yang  menggunakan  analisis  tema
               menunjukkan bahawa alat bantu “Ladybird DiDi” telah memenuhi aspek menulis kata sendi

               ‘di’ dan imbuhan ‘di’ dengan tepat sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Peserta kajian dapat
               menulis kata ‘di’ di depan kata arah atau tempat dengan dijarakkan.

                    Sebagai kesimpulan, hasil analisis menunjukkan bahawa alat bantu “Ladybird DiDi” telah

               memenuhi tema menulis kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’. Secara keseluruhan, latih tubi yang
               diberikan  berjaya  dijawab  dan  diselesaikan  oleh  peserta  kajian  semasa  dan  selepas

               menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” baik pada latih tubi 1, latih tubi 2, latih tubi 3 dan latih
               tubi 4. Kesemua peserta kajian berjaya menjawab soalan yang mengandungi kata sendi nama
               ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dengan betul.



               PERBINCANGAN DAN RUMUSAN


               Secara  keseluruhannya,  kajian  ini  berjaya  dilaksanakan  mengikut  ketetapan  yang  telah
               dirancang seterusnya telah menjawab kedua-dua soalan kajian yang telah dinyatakan. Hasil
               daripada analisis dapatan kajian melalui instrumen pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta

               analisis dokumen menunjukkan keberkesanan alat bantu “Ladybird DiDi” dalam meningkatkan
               kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ bagi murid-murid Tahun 4.
               Dalam  masa  yang  sama,  alat  bantu  “Ladybird  DiDi”  ini  dapat  membantu  peserta  kajian

               meningkatkan tingkah laku positif terhadap aktiviti pembelajaran khususnya Bahasa Melayu.
               Menerusi  pemerhatian  yang  dijalankan  terhadap  peserta  kajian,  menunjukkan  berlakunya
               peningkatan tingkah laku selepas alat bantu “Ladybird DiDi” diperkenal khususnya apabila

               berhadapan soalan berkenaan kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’. Menerusi 7 aspek
               tingkah laku positif yang telah diperhatikan menunjukkan perubahan yang begitu ketara. Hal

               ini selaras dengan pernyataan Sufean Hussin et. al. (2005) yang menyatakan bahan maujud
               iaitu bahan konkrit yang dapat disentuh dan dipegang ini mampu merangsang tingkah laku
               positif  semasa  proses  pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPC)  berlangsung.  Begitu  juga

               dalam analisis dokumen yang dijalankan berdasarkan latih tubi pada setiap intervensi yang
               telah dilaksanakan.



               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                1224
   1237   1238   1239   1240   1241   1242   1243   1244   1245