Page 1243 - e Prosiding Serai 2021
P. 1243
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berteraskan teori Konstruktivisme, aplikasi pengajaran yang berdasarkan kepada
penyelidikan dan pengalaman perlu diterapkan bagi meningkatkan aktiviti sosial dan
perkembangan bahasa Melayu sesama murid yang melibatkan perkembangan minda, fizikal
dan pengetahuan sedia ada murid. Hal ini, pengkaji perlu sentiasa mengenal pasti Zon
Perkembangan Terdekat (ZPD) peserta kajian melalui beberapa intervensi dan aktiviti yang
dijalankan (Noriati A. Rashid et al., 2016). Berbekalkan pengetahuan sedia ada murid dalam
mengenal pasti golongan kata seperti arah, tempat dan kata kerja sudah pasti mengukuhkan
lagi pembelajaran peserta kajian khususnya dalam proses penerimaan maklumat.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Melalui kajian tindakan ini, meskipun berjaya dilaksanakan sehingga mencapai objektif kajian
yang telah ditetapkan, alat bantu “Ladybird DiDi” masih mempunyai ruang untuk membuat
penambahbaikan daripada aspek saiz bagi mempertingkat tahap kejelasan semasa
menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” ini. Selain itu, aplikasi dan penggunaan alat bantu
ini juga boleh dicadangkan untuk dimuatkan secara interaktif dalam perisian komputer bagi
menyahut cabaran revolusi industri keempat (IR 4.0) menggunakan internet. Janudin Sardi
(2009) menyatakan penggunaan teknologi membawa kepada fleksibiliti pengguna dalam
mengaplikasikan pembelajaran yang menarik seperti bahan interaktif dalam penerangan alat
bantu “Ladybird DiDi”. Hal ini, konsep dan penggunaan alat bantu ini boleh dipelajari dan
diperoleh lebih awal, bagi mempercepat proses penerangan aplikasi oleh pengkaji.
Oleh yang demikian, anjakan paradigma pendidikan amat penting bagi mendorong
para pendidik untuk memainkan peranan mereka dengan menyedari akan tanggungjawab dan
sikap integriti sebagai warga pendidik yang menginginkan perubahan ke arah melahirkan
masyarakat yang proaktif dan berkualiti. Hal ini menjadi tanggungjawab pendidik untuk
berfikiran secara kreatif dan kritis bagi mencipta sesuatu yang baru melalui strategi, kaedah,
pendekatan, teknik dan bahan bantu dalam pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2001). Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis untuk
Guru dan Pelajar. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah Omar. (2009). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Baharom Muhammad & Ilyas Hashim. (2009). Bagaimana Memotivasi Pelajar: Teori,
Konsep dan Kepentingan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1225

