Page 1021 - e Prosiding Serai 2021
P. 1021
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berlaku. Keadaan ini telah membuatkan pengkaji ingin menambah baik amalan sendiri
dengan menukar suasana pembelajaran yang dapat menjadikan pelajar aktif berinteraksi bagi
mewujudkan komunikasi dua hala. Secara tidak langsung, mendorong penguasaan Bahasa
Melayu dengan menggalakkan pelajar menggunakan laras Bahasa yag betul semasa
interaksi. Justeru, pengkaji menggunakan pendekatan didik hibur yang selari dengan saranan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam Naratif Baharu Amalan Pendidikan.
Pendekatan didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran mejadi
lebih interaktif (Jamian & Ismail, 2016). Ini adalah kerana ianya berpusatkan pelajar dan
bukannya guru. Sementelahan itu, pelajar dapat menjadi pembelajar aktif yang terlibat
sepenuhnya dalam sesi PdPc. Antara contoh didik hibur ialah sesi pembelajaran yang
menyeronokkan dengan permainan (Zailah, 2012).
SOROTAN LITERATUR
Bahasa adalah alat komunikasi dan merupakan perantara manusia (Jamian, Othman & Ishak,
2016). Di Malaysia, Bahasa Melayu menjadi medium perantara rasmi dalam berkomunikasi
memandangkan ianya merupakan bahasa kebangsaan. Elemen komunikasi juga dikaitkan
dengan kemahiran abad ke-21 selain kemahiran sains dan teknologi, kemahiran berfikir,
kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal (Iberahim, 2017). Walaupun demikian,
situasi di dalam bilik darjah sebenar menunjukkan interaksi lisan antara guru dengan murid
tidak berlangsung dengan baik (Roselan, 2003). Kesan PdPc guru yang yang seharusnya
dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, seterusnya
dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan tidak dapat dilakukan. Keadaan ini
disebabkan sesi PdPc secara konvensional sering menjadi pilihan guru dalam menyampaikan
ilmu. Penggunaan kaedah konvensional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
tidak dapat meningkatkan pencapaian murid (Yusof dan Mahamod, 2016).
Dapatan kajian Iberahim (2017) turut mendapati pengaruh pembelajaran abad ke-21
banyak memberi kesan positif kepada sikap, motivasi, pencapaian pelajar ketika mempelajari
Bahasa Melayu. Namun begitu, kajian yang telah dijalankan oleh Junaida (2010),
menunjukkan bahawa tahap penguasaan kemahiran berbahasa pelajar adalah rendah.
Penguasaan bahasa merujuk kepada penguasaan satu sistem komunikasi yang tercermin di
dalamnya akal budi dan pemikiran masyarakat bahasa itu (Awang Sariya, 2006). Justeru itu,
langkah dalam meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu pelajar tidak seharusnya tertumpu
kepada mata pelajaran Bahasa Melayu semata-mata. Terdapat pelbagai usaha daripada
banyak pihak dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Salah satu daripadanya adalah
penggunaan elemen merentas kurikulum dalam semua mata pelajaran. Kajian oleh Setambah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1000

