Page 1024 - e Prosiding Serai 2021
P. 1024
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berpandukan ayat Matematik yang dibuat untuk semakan rakan di dalam kumpulan atau pun
guru. Ujian Pra dan Pos dilakukan untuk melihat sekiranya turut berlaku perubahan
pencapaian Matematik pelajar dalam tajuk Set. Rajah 2 menunjukkan pelajar bermain kad
permainan Snazzy Sets di dalam kumpulan masing-masing.
Rajah 2 Pelajar bermain kad permaian Snazzy Sets
DAPATAN KAJIAN
Perubahan tingkahlaku pelajar yang melibatkan diri secara aktif semasa sesi PdPc
membuatkan pengkaji berasa teruja. Mereka tidak lagi kelihatan pasif di dalam bilik darjah
dan telah terlibat aktif sepenuhnya. Pengkaji dapat menambah baik amalan dengan melalui
pendekatan yang berpusatkan pelajar. Komunikasi secara Matematik yang berlangsung di
dalam bilik darjah dilihat dapat mendorong pelajar untuk menguasai Bahasa Melayu dengan
lebih baik. Selain itu, melalui pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji, kesemua pelajar
telah terlibat secara aktif dengan interaksi dua hala selepas kajian dijalankan berbanding
penglibatan pasif mereka sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian yang dilakukan adalah
seperti Jadual 1 di bawah :
Jadual 1 Jadual pemerhatian
Pelajar Penglibatan aktif Penglibatan aktif (selepas kajian)
(sebelum kajian)
A X √
B √ √
C X √
D X √
E X √
F X √
G X √
H X √
I X √
J X √
K X √
L X √
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1003

