Page 1042 - e Prosiding Serai 2021
P. 1042

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                 Bil  Nama            Tajuk Utama                                     Patah Perkataan

                      Akhbar                                                           dalam Laporan


                  1   Berita Harian  OLIMPIK: Malaysia raih gangsa beregu                    210

                                      badminton



                  2   Utusan          Aaron Chia-Soh Wooi Yik hadiahkan pingat               139
                      Malaysia        pertama untuk Malaysia di Olimpik Tokyo



                  3   New Straits     Aaron – Wooi Yik win Olympik medal for                 385
                      Times           Malaysia



                  4   The Star        Aaron-Wooi Yik stun world champion to                  204
                                      deliver Malaysia’s first Olympics medal







                          Berdasarkan tajuk utama dalam keempat-kempat akhbar, didapati persamaan dalam
               perkataan  “Olimpik”,  “Malaysia”,  dan  “gangsa”  atau  “pingat”  (“medal”).  Akhbar  Utusan
               Malaysia,  New Straits Times dan The Star telah memberi kredit kepada nama pemenang

               pemain badminton iaitu Aaron dan Wooi Yik kecuali akhbar Berita Harian. Akhbar Utusan
               Malaysia  dan  The  Star  telah  menggunakan  “pertama”  atau  “first”  untuk  menunjukkan

               kemenangan oleh dua orang pemain tersebut adalah pingat yang pertama dimenangi dan ada
               kemungkinan Malaysia akan memenangi pingat yang seterusnya kemudian. Ini satu penulisan
               yang menunjukkan perspektif yang positif.



                          Walaupun  tajuk  utama  bagi  Utusan  Malaysia  adalah  paling  panjang  berbanding

               dengan  tiga  akhbar  yang  lain  tetapi  laporannya  adalah  paling  pendek  dengan  139  patah
               perkataan sahaja. New Staits Times mengandungi laporan akhbar yang paling Panjang iaitu
               385 perkataan.



               Jadual 1 (Lampiran) menunjukkan dapatan yang diperolehi bagi kekerapan penggunaan lima
               jenis penanda wacana dalam akhbar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mengikut Jadual

               1, didapati keempat-empat akhbar telah menggunakan penanda penghubung dan penanda
               rujukan dengan banyak iaitu 22% bagi setiap satu penanda wacana dalam laporan akhbar.
               Manakala  akhbar  Bahasa  Melayu  lebih  kerap  menggunakan  kedua-dua  penanda  wacana




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1021
   1037   1038   1039   1040   1041   1042   1043   1044   1045   1046   1047