Page 1044 - e Prosiding Serai 2021
P. 1044
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
malah ianya perlu dipelajari dan dikuasai dengan baik untuk menambahbaik kualiti hasil
penulisan. Selain itu, kelebihan penggunaan wacana adalah dapat membantu penulis untuk
menyambung ayat dengan ayat, dapat menghubungkan perenggan dengan perenggan yang
lain serta melahirkan ayat-ayat dan perenggan-perenggan yang berkesinambungan,
bermakna dan gramatis. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan wacana dalam penulisan
amatlah berfungsi bagi menghasilkan kerja yang kelihatan lebih profesional.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Walaupun kajian ini melaporkan analisis yang terhad dengan membandingkan hanya empat
artikel akhbar tetapi ia memberi ruang kepada pengkaji untuk menjalankan penyelidikan yang
lebih terperinci pada masa akan datang. Penyelidik juga boleh menyediakan satu rangka
kerja yang sistematik untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi melicinkan
perlaksanaan kajian pada masa akan datang. Seterusnya, data yang dikumpulkan akan
diteliti terlebih dahulu oleh pengkaji bagi memastikan setiap maklumat yang diperolehi
adalah tepat dan sahih. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kerosakan bahan kajian
bagi tujuan analisis. Kajian ini menggunakan kaedah menyenaraikan (listing out) dan juga
penjadualan data (data scheduling) untuk mencapai matlamat kajian iaitu mengkaji
penggunaan wacana serta kepentingannya dalam penulisan. Oleh itu, penyelidik perlu
membincangkan sekiranya penggunaan kaedah- kaedah tersebut iaitu menyenaraikan dan
penjadualan data adalah bersesuaian dengan keperluan kajian ini yang memerlukan data-
data yang tepat daripada bahan kajian yang telah ditetapkan. Setelah perbincangan
dilakukan, penyelidik dapat mengenalpasti sama ada data-data ini boleh diukur tahap
kebolehpercayaannya sebelum analisis data dapat dilakukan. Dengan ini, penyelidik dapat
menambahbaik ketepatan dan kualiti hasil kajian.
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan (Edisi keempat).
Husin Fateh Din. (2016). Wacana penulisan. Sasbadi.
Knox, J., & Patpong, P. (2008). Reporting bloodshed in Thai newspapers: A comparative case
study of English and Thai. Dalam E. Thomson & P. White (Peny.) Communicating
conflict: Multilingual case studies of the news media (m.s. 173–202). London:
Continuum International Publishing Group.
Peter, F. (2021, July 31). Aaron – Wooi Yik win Olympik medal for Malaysia. New Straits
Times. https://www.nst.com.my/sports/badminton/2021/07/713607/aaron-wooi-yik-win-
olympic-medal-malaysia
Scollon, R., Wong-Scollon, S. & Kirkpatrick. A. (1998). Contrastive discourse in Chinedese
and English: A critical appraisal. Beijing: Foreign Language Teaching and Research
Press.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1023

