Page 1039 - e Prosiding Serai 2021
P. 1039

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               dan koheren. Penanda wacana adalah penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana
               membolehkan idea yang terkandung dalam teks tersebut bersinambung antara satu sama

               lain.  Artikel  ilmiah  ini  membandingkan  teks  laporan  berita  dari  akhbar  tempatan  Malaysia
               dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kajian ini memfokuskan analisis perbandingan terhadap
               laporan berita skuad badminton Malaysia pada Sukan Olimpik 2020. Objektif utama kajian ini

               adalah untuk:


                   1.  Mengenal pasti persamaan penanda wacana di antara artikel akhbar bahasa Melayu
                       dan bahasa Inggeris.
                   2.  Mengenal pasti perbezaan penanda wacana di antara artikel akhbar bahasa Melayu

                       dan bahasa Inggeris.

               SOROTAN LITERATUR

               Penanda wacana adalah sebuah frasa atau perkataan yang berfungsi untuk melancarkan

               aliran  sesebuah  ayat  untuk  menghasilkan  struktur  wacana  yang  utuh.  Peranan  utama
               penanda wacana adalah untuk memastikan turutan wacana adalah betul dan berturutan dan
               ia tidak berfungsi untuk mengubah maksud sesuatu ayat. Menurut Husin Fateh Din (2016),

               terdapat  lima  jenis  penanda  wacana  yang  wujud  iaitu  penanda  penghubung,  rujukan,
               penggantian, leksikal dan ellipsis.
                       Penanda  penghubung  berfungsi  sebagai  penghubung  bagi  menghubungkan  satu

               maklumat dengan maklumat yang lain dalam sesuatu wacana. Sebagai contoh, “Pusat ini
               bukan sahaja menyediakan penginapan percuma, malah makanan dan mendidik anak-anak

               malang dengan nilai-nilai agama dan sahsiah.”  Seterusnya, penanda rujukan ialah kata ganti
               nama yang digunakan untuk merujuk kepada sesuatu frasa atau perkataan lain. Contohnya,
               “Aisyah dengan bantuan penduduk kampung berusahа membuktikan bahawa mereka ialah

               pewaris  sah  kepada  satu-satunya  kampung  Melayu  yang  masih  wujud  di  tengah-tengah
               kepesatan  pembangunan  kota  raya”.  Selain  itu,  penanda  penggantian  pula  merupakan

               sesuatu frasa atau perkataan yang berfungsi menjadi pengganti kepada frasa atau perkataan
               lain  yang  wujud  dalam  wacana  yang  sama.  Sebagai  contoh,  “Tidak  ketinggalan  ialah
               persoalan tentang wujudnya golongan anak-anak muda yang mempunyai tahap empati dan

               simpati yang tinggi terhadap orang miskin dan susah, serta sanggup pula berjuang untuk
               membantu  orang  yang  bernasib  malang.  Kelompok  ini  diwakili  oleh  watak  anak  muda
               bernama  Rykal  dan kawan-kawannya.”    Penanda  leksikel  pula  merupakan  penanda  yang

               berkaitan  dengan  perhubungan  iaitu  kohesi  mahupun  suatu  pertautan  antara  frasa  atau
               perkataan dengan menggunakan pengulangan perkataan. Hal ini termasuklah pengulangan
               sinonim,  antonim,  homonim,  hiponim,  kolokasi  dan  unsur  bersambut.  Contoh  bagi




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1018
   1034   1035   1036   1037   1038   1039   1040   1041   1042   1043   1044