Page 1133 - e Prosiding Serai 2021
P. 1133

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                   CABARAN SISWA GURU PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
                KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL DALAM MENYERTAI KELAS PENDIDIKAN JASMANI
                                     SECARA DALAM TALIAN KETIKA PANDEMIK

                                         1
                 Muhammad Afif Mazlan ,Ahmad Iqbal Hamdi bin Mohd Zulkurnin, Muhammad Adam
                        Firdaus bin Nor Amali, Fathen Suriati Jusoh , Ahmad Jalani bin Halus
                                                                      4
                                                                                                 5

                                1,2,3,4,5  Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
                         afif17-443@epembelajaran.edu.my, iqbal17-424@epembelajaran.edu.my
                       adam17-428@epembelajaran.edu.my, fathen17-92@epembelajaran.edu.my
                                           jalani17-10@epembelajaran.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Pembelajaran  secara  dalam  talian  memainkan  peranan  penting  dan  menerajui  bidang
               pendidikan  ketika  pandemik  melanda  pada  hari  ini.  Pendidikan  Jasmani  merupakan  satu

               matapelajaran  yang  memerlukan  pelajar  melakukan  aktiviti  fizikal  dan  menggunakan
               peralatan tertentu dalam sesi pembelajaran. Namun, pandemik yang melanda menghalang
               segala aktiviti bagi matapelajaran berkenaan dilakukan secara fizikal. Siswa guru Pendidikan

               Jasmani  tidak  terkecuali  dalam  menghadapi  suasana  baharu  ini.  Oleh  itu,  satu  tinjauan
               dilakukan untuk mengkaji cabaran siswa guru Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru
               Kampus Dato’ Razali Ismail dan cara mengatasi cabaran ketika menyertai kelas secara dalam

               talian.  Responden kajian  ini  dipilih  berdasarkan  Jadual  Pensampelan  Krecjie  dan  Morgan
               (1970) mengikut cadangan pensampelan (n=57). Data dianalisis secara deskriptif disokong

               perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan pengekodan bertema.
               Dapatan menunjukkan min keseluruhan cabaran dihadapi siswa guru Pendidikan Jasmani
               mencapai min sederhana (min 3.02). Manakala, dapatan min keseluruhan cara mengatasi

               cabaran  mencapai  min  tinggi  (min  3.82).  Dapatan  juga  mendapati  78.9%  tidak  bersetuju
               meneruskan  pembelajaran  secara  dalam talian  untuk  subjek  Pendidikan  Jasmani  selepas

               pandemik  berakhir.  Kesimpulannya,  pandemik  bukanlah  penghalang  siswa  guru  untuk
               melaksanakan  kelas  Pendidikan  Jasmani  meskipun  terdapat  pelbagai  kesukaran  yang
               dihadapi. Siswa guru menunjukkan respon positif dalam memastikan proses pembelajaran
               dapat diteruskan.



               Kata kunci: Pembelajaran dalam talian, Pendidikan Jasmani, siswa guru, pandemik.











               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1111
   1128   1129   1130   1131   1132   1133   1134   1135   1136   1137   1138