Page 1130 - e Prosiding Serai 2021
P. 1130
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
interdisiplin dengan kursus-kursus lain yang diambil oleh pelajar dalam semester yang sama.
Perbezaan seterusnya, apabila mekasanakan KPPB pelaksanaan PdP mencapai tahap
inovatif sehingga sebahagian pelajar da pensyarah boleh menghasilkan inovasi baharu
melalui pelaksanaan KPPB berkaitan kursus yang dipelajari.
Eleman kedua ialah pemanfaatan digital yang telah diperluaskan dalam amalan KPPB.
Dalam amalan tradisional pemanfaatan digital lebih bertumpu hanya sebagai bahan bantu
dalam proses PdP. Setelah amalan KPPB diperkenalkan pensyarah dan pelajar sudah mula
memaksimumkan pemanfaatan digital bukan semata-mata sebagai bahan bantu.
Pemanfaatan digital telah digunakan sebagai bahan perantara kepada perkongsian ilmu yang
diperoleh dalam PdP sehingga luar sempadan kampus. Penggunaan teknologi digital dalam
pembelajaran dapat meningkatkan minat dan motivasi siswa dalam belajar, kualiti proses
pembelajaran, dan hasil pembelajaran, tetapi perlu memperhatikan berbagai aspek
kemampuan sumber daya manusia, keamanan, dan kesihatan guru dan pelajar (Nandang
Hidayat, Husnul Khotimah, 2019).
Bagi elemen ketiga iaitu rakan pembelajaran berjaya disebarkan hingga ke luar
sempadan negara. Amalan KPPB memberi ruang kepada pelajar-pelajar meneroka ilmu
melalui rangkaian rakan pembelajaran yang lebih luas dan berkongsi ilmu bersama-sama
dengan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari. Berbanding dalam amalan tradisional,
rakan pembelajaran berkisar di dalam bilik kuliah ataupun dalam kampus sahaja.
Amalan KPPB juga mengubah persekitaran pembelajaran daripada hanya bersifat
aktif menjadi bersifat lebih aktif, lebih interaktif dan wujudnya usaha bercirikan inovatif dalam
mengembangkan ilmu melalui kursus yang dipelajari. Sifat inovatif ini selari dengan Dasar
Perindustrian Keempat (IR4.0) Negara dalam Teras 01 Inisiatif kelima iaitu meningkatkan
pendedahan kepada teknologi RI4.0 dalam kalangan generasi muda dan menggalakkan
inovasi dengan menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai My Digital Maker Champion
Schools (JPM, 2021). Justeru, pendidikan siswa guru juga haruslah menjurus ke arah inisiatif
tersebut. Selain itu, melalui pelaksanaan KPPB pembelajaran di bilik kuliah dan luar bilik
kuliah diperluaskan lagi kepada persekitaran luar kampus sehingga ada yang mencapai tahap
antarabangsa merentas benua.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT
Peralihan kepada amalan KPPB merupakan tindakan selari ke arah yang lebih baik adalah
untuk menghasilkan siswa menjadi guru Bahasa Melayu yang lebih berkualiti dan mampu
mengamalkan apa yang diperoleh sepanjang pengajian dengan pelbagai kursus yang
ditawarkan. Berdasarkan dapatan kajian, membuktikan bahawa amalan KPPB akan
membantu menjayakan RI4.0 kerana keperluan tenaga manusia yang berdaya saing dapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1108

