Page 1197 - e Prosiding Serai 2021
P. 1197
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
memiliki sikap yang positif terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan. Memandangkan
TMK merupakan salah satu komponen dalam melaksanakan PdPc dalam talian secara tidak
langsung pernyataan ini adalah utuh untuk digunakan. Dapatan ini juga telah disokong oleh
kajian lain iaitu kajian Sharifah dan Kamarul (2011) yang menyatakan bahawa sikap
seseorang sangat mempengaruhi tahap kemahiran TMK mereka. Ini turut disokong oleh
Kanaya, Light dan Culp (2015) iaitu pandangan guru terhadap keperluan teknologi dalam
kurikulum merupakan faktor peramal dalam penggunaan komputer sebagai pemudah cara
pengajaran. Dengan itu dapat diketahui bahawa tahap kesediaan sikap siswa-siswa guru
melaksanakan PdPc dalam talian adalah tinggi atau dikatakan sebagai sikap positif yang
tinggi.
Kesimpulannya, tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap siswa guru IPGKDRI
opsyen Bahasa Melayu tidak ditentukan oleh faktor jantina. Dapatan kajian juga menujukan
tiada sebarang perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap
siswa guru mengikut faktor bilangan unit bahasa Melayu dan kawasan PdPc dijalankan.
RUMUSAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Merujuk teori reflektif Wallace (1991), kesediaan siswa-siwa guru adalah dipengaruhi oleh
pengetahuan mereka yang diterima sama ada melalui pembelajaran lepas atau pembelajaran
semasa mengikuti latihan perguruan. Begitu juga pendapat ini dipersetujui oleh Zaidatol
Alkmian dan Ramlah (1994), bahawa pengajaran yang berkesan memerlukan seorang guru
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam mengenai mata pelajaran
yang diajarnya. Berdasarkan dapatan kajian, kesediaan siswa-siswa guru Bahasa Melayu di
IPGKDRI menjalankan PdPc dalam talian secara keseluruhannya adalah juga pada
sederhana tinggi dan juga disimpulkan sebagai bersedia. Kebanyakan guru pelatih
mempunyai sikap yang tinggi atau diertikan sebagai sikap yang positif untuk mengajar secara
dalam talian.
Pihak pengurusan IPGM dengan kerjasama antara kampus juga boleh pendedahan
awal melalui latihan khusus kepada siswa-siswa guru untuk memahami secara berkesan
tentang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan sekiranya berlaku sesuatu
bencana atau wabak seperti wabak COVID-19 serta memberikan keyakinan kepada mereka
untuk mengendalikan PdPc dalam talian apabila bencana itu berlaku pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, melalui langkah ini juga pihak IPGM dapat meningkatkan kualiti
pensyarah di IPG dan bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di sekolah rendah kelak.
Selain itu, pihak pengurusan IPGM juga disarankan untuk menyemak semula kurikulum
seperti Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) khususnya bagi PISMP Pengajian Bahasa Melayu
Sekolah Rendah walaupun kurikulum bagi program ini telah memperkenalkan kursus
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1175

