Page 1192 - e Prosiding Serai 2021
P. 1192
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kebimbangan dan tekanan perasaan. Hal ini kerana jika dahulunya siswa guru praktikum
dapat mengaplikasikan sesuatu ilmu secara praktikal kepada murid-murid di sekolah, namun
kini agak sukar untuk mengaplikasikan pengetahuan serta teori yang siswa guru pelajari
selama ini. Sebagai contoh, kawalan kelas bagi pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin, namun kini kawalan kelas hanya berlaku di alam maya tanpa
bersemuka dan perkara yang lebih mencabar ialah sesi pengenalan antara murid-murid
dengan siswa guru praktikum sudah pasti tidak berlaku seperti yang diharapkan. Oleh yang
demikian, sekiranya para siswa guru tidak menguruskan emosi dan sikap mereka dengan
baik, sudah pasti rasa serabut dan tertekan dengan beban kerja akan wujud dan akhirnya
menjejaskan proses latihan praktikum tersebut.
Selain itu, kajian Noor Azlan Ahmad Zanzali & Hasriani Asri Atjeng (2001) juga
menunjukkan bahawa keyakinan guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar dipengaruhi
oleh tahap penguasaan terhadap pengetahuan, pedagogi dan psikologi pembelajaran.
Justeru, sebagai seorang bakal pendidik, menjadi tanggungjawab siswa guru mempersiapkan
diri dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan PdPc dalam dalam
talian agar proses PdPc tersebut berjalan dengan lancar.
Kesimpulannya, cabaran dalam menjalankan PdPc dalam talian sememangnya
mempunyai banyak halangan. Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia umpamanya
telah mengenal pasti beberapa cabaran dalam melaksanakan PdPc dalam talian antaranya
ialah capaian kepada kemudahan Internet, ketiadaan kemudahan komputer atau telefon
bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan juga keberkesanan pembelajaran yang
berdasarkan kawalan diri siswa guru (Kementerian Sumber Manusia, 2020). Oleh yang
demikian, cabaran sebegini pasti menguji tahap kesediaan siswa guru dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik dengan lima skala Likert 5
mata digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 66 orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
opsyen Bahasa Melayu yang sedang menjalankan praktikum. Instrumen kajian mengandungi
tiga konstruk utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar semasa pelaksanaan
praktikum secara dalam talian dengan 29 item dalam soal selidik. Soal selidik ini diedarkan
menggunakan medium Google Form. Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan 0.933
iaitu sangat tinggi dan boleh digunakan.
Data kajian yang diperoleh daripada set soal selidik dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 23.0. Kaedah analisis data yang digunakan iaitu kaedah statistik deskriptif.
pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang telah digunakan oleh Nunnaly dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1170

