Page 1239 - e Prosiding Serai 2021
P. 1239

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               TUJUAN KAJIAN

               Secara  umumnya, kajian  ini  bertujuan  untuk meningkatkan kemahiran menulis  kata  sendi

               nama ‘di’ dan kata Imbuhan ‘di’ menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” bagi murid tahun 4.
               Objektif khusus adalah seperti berikut :

                  1.  Meningkatkan  kemahiran  murid  menulis  kata  sendi  ‘di’  dan  kata  imbuhan  ‘di’

                      menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” dengan betul.
                  2.  Mengaplikasikan alat bantu “Ladybird DiDi” bagi meningkatkan penguasaan menulis

                      kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dalam kalangan murid Tahun 4.

               SOALAN KAJIAN

                   1.  Adakah kemahiran murid menulis kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’ dengan betul dapat
                       ditingkatkan menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” ?
                   2.  Adakah alat bantu “Ladybird DiDi” dapat diaplikasikan bagi meningkatkan penguasaan
                       menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dalam kalangan murid Tahun 4?


               KAEDAH / METODOLOGI

               Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin
               (1946).  Hal  ini,  langkah  penyelesaian  yang  dikemukakan  melalui  model  ini  sangat

               bersesuaian dengan masalah yang difokuskan dalam kajian ini iaitu dengan melibatkan satu
               lingkaran kitaran yang terdiri daripada 4 peringkat seperti dalam Jadual 1.

                                        Jadual 1: Prosedur Penyelidikan Tindakan



                  Peringkat                          Prosedur Penyelidikan Tindakan
                  Model Kurt
                 Lewin (1946)
               Perancangan        Perancangan yang sistematik dilaksanakan berdasarkan pengamalan
                                  refleksi. Perancangan ini diharapkan dapat membuat perubahan positif
                                  dan dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam mata
                                  pelajaran Bahasa Melayu.
               Tindakan           Alat bantu “Ladybird DiDi” akan diperkenal kepada peserta kajian. Sesi
                                  intervensi akan dilaksanakan kepada setiap peserta. Kemudian, diikuti
                                  objektif pencapaian bagi menilai tahap penguasaan peserta kajian dalam
                                  menangani masalah yang dihadapi.
               Pemerhatian        Berdasarkan instrumen yang dipilih, iaitu ujian bertulis, pemerhatian
                                  berstruktur dan analisis dokumen, pencapaian serta tahap penguasaan
                                  murid dapat dinilai. Hal ini, penilaian membantu pengkaji bagi mengambil
                                  tindakan selanjutnya.
               Refleksi           Refleksi keseluruhan dilaksanakan merangkumi pencapaian setiap
                                  perancangan yang dijalankan. Keputusan akhir yang diperoleh akan
                                  menentukan intervensi yang dilaksanakan berhasil atau melangkah ke
                                  lingkaran kedua.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1217
   1234   1235   1236   1237   1238   1239   1240   1241   1242   1243   1244