Page 1237 - e Prosiding Serai 2021
P. 1237
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’ DAN KATA
IMBUHAN ‘DI’ MENGGUNAKAN ALAT BANTU “LADYBIRD DIDI” BAGI MURID
TAHUN 4
Mohd Najeeb Bin Abdul Rahshid dan Zainab Binti Hashim
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah
mohd.najeeb.98@gmail.com
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan
kata imbuhan ‘di’ sama ada dijarakkan atau dirapatkan dengan menggunakan alat bantu
“Ladybird DiDi” dalam kalangan murid tahun 4. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah
kebangsaan (SK) yang terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Peserta kajian terdiri
daripada 5 orang murid Tahun 4 iaitu dua orang murid lelaki dan tiga orang murid perempuan.
Kajian ini menggunakan Model Penyelidikan Kurt Lewin (1946). Pengkaji telah menggunakan
tiga instrumen bagi mengumpul data kajian iaitu ujian (ujian pra dan ujian pos), pemerhatian
dan analisis dokumen. Intervensi telah dijalankan bagi meningkatkan tahap penguasaan
peserta kajian dalam menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ sama ada dijarakkan
atau dirapatkan. Hasil dapatan kajian, didapati bahawa peserta kajian menunjukkan
peningkatan yang begitu ketara khususnya dalam ujian pos serta peningkatan aspek
pemerhatian dan analisis dokumen yang telah dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa alat
bantu “Ladybird DiDi” berjaya membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dengan tepat.
Kata kunci: Kemahiran menulis, Kata sendi nama ‘di’, kata imbuhan ‘di’, alat bantu “Ladybird
DiDi”
PENGENALAN
Dalam mempelajari Bahasa Melayu, pelbagai kemahiran perlu dikuasai oleh murid-murid
antaranya ialah kemahiran menulis. Menurut Asmah Omar (2009), kemahiran menulis
merupakan satu bentuk kemahiran berbahasa dan komunikasi yang penting kepada manusia
pada masa kini. Dalam konteks ini, terdapat beberapa aspek dalam penulisan yang perlu
ditekankan antaranya aspek tatabahasa seperti penulisan imbuhan dan kata sendi. Nik Safiah
Karim et. al. (2008) menyatakan bahawa imbuhan adalah sebagai bentuk terikat yang
dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Berdasarkan aspek
tatabahasa, imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu imbuhan awalan, akhiran, apitan dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1215

