Page 1238 - e Prosiding Serai 2021
P. 1238

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

               sisipan.  Terdapat  juga  imbuhan  yang  berbentuk  terikat  yang  ditambah  pada  sesuatu
               perkataan contohnya imbuhan ber-, di-, me- dan lain-lain. Kemudian, aspek kata sendi nama

               pula ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan kata atau frasa-frasa
               dalam ayat (Fadil Othman, 2012). Kata sendi nama ialah perkataan yang terletak di hadapan
               frasa nama seperti kata sendi nama di, bagai, laksana, seperti, ke dan lain-lain. Hal ini secara

               tidak langsung memberikan kekeliruan terutama dalam penulisan kata ‘di’ mengikut fungsi
               nahu sebenar.


               PERNYATAAN MASALAH


               Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu ini sering dianggap mudah oleh sesetengah pihak
               disebabkan oleh pembelajaran berunsur bahasa yang dianggap sebagai sesuatu yang biasa

               terutama  dalam  pertuturan.  Hassan  Ahmad  (2004),  dalam  Jurnal  Melayu,  menyatakan
               bahawa bahasa merupakan alat peradaban Melayu. Dalam konteks ini, pengajaran bahasa
               Melayu adalah sangat mencabar dan masyarakat juga hendaklah meningkatkan penguasaan
               bahasa Melayu dalam kehidupan seharian agar martabat bahasa tetap terpelihara.


                    Berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Melayu
               yang  telah  disampaikan  oleh  pengkaji  semasa  menjalankan  praktikum  di  salah  sebuah

               sekolah di daerah Kota Kinabalu, Sabah, pengkaji telah menemui permasalahan kemahiran
               menulis dalam kalangan murid tahun 4. Hal ini merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum
               dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 di dalam Standard Kandungan 3.2 iaitu

               menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan betul dan kemas.

                    Dalam konteks ini, masalah yang dihadapi murid ialah kekeliruan dalam menulis kata

               imbuhan “di” dan kata sendi nama “di” dalam penulisan. Tamsilnya, murid sering menjarakkan
               penulisan perkataan “di tanam” sedangkan penulisan yang betul ialah “ditanam”. Begitu juga
               penggunaan kata sendi nama “di” dalam penulisan seperti “di bawah” ditulis tanpa jarak iaitu

               “dibawah”.

                    Dalam bidang pembelajaran, penggunaan imbuhan acap kali digunakan secara tidak
               tepat disebabkan oleh kekeliruan dan kurang didedahkan kepada penulisan imbuhan secara

               terarah (Abdullah Hassan, 2001). Kebanyakan latihan yang dibuat, adalah berfokus kepada
               format  penulisan  semata-mata  semasa  latihan  penulisan  karangan.  Pengkaji  mendapati

               bahawa 5 orang murid mempunyai masalah yang begitu ketara dalam menulis kata sendi
               nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ pada penulisan mereka. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
               keputusan untuk menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” dalam mengatasi masalah yang

               dihadapi oleh peserta kajian kerana lebih mudah difahami dan diingati.




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1216
   1233   1234   1235   1236   1237   1238   1239   1240   1241   1242   1243