Page 1246 - e Prosiding Serai 2021
P. 1246
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TEMA: ADAKAH KEMAHIRAN MURID MENULIS KATA SENDI NAMA ‘DI’
DAN IMBUHAN ‘DI’ DENGAN BETUL DAPAT DITINGKATKAN DENGAN
MENGGUNAKAN ALAT BANTU “LADYBIRD DIDI” ?
Rajah 6: Analisis Tema
Berdasarkan Rajah 6, hasil analisis dokumen yang menggunakan analisis tema
menunjukkan bahawa alat bantu “Ladybird DiDi” telah memenuhi aspek menulis kata sendi
‘di’ dan imbuhan ‘di’ dengan tepat sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Peserta kajian dapat
menulis kata ‘di’ di depan kata arah atau tempat dengan dijarakkan.
Sebagai kesimpulan, hasil analisis menunjukkan bahawa alat bantu “Ladybird DiDi” telah
memenuhi tema menulis kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’. Secara keseluruhan, latih tubi yang
diberikan berjaya dijawab dan diselesaikan oleh peserta kajian semasa dan selepas
menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” baik pada latih tubi 1, latih tubi 2, latih tubi 3 dan latih
tubi 4. Kesemua peserta kajian berjaya menjawab soalan yang mengandungi kata sendi nama
‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ dengan betul.
PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya dilaksanakan mengikut ketetapan yang telah
dirancang seterusnya telah menjawab kedua-dua soalan kajian yang telah dinyatakan. Hasil
daripada analisis dapatan kajian melalui instrumen pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta
analisis dokumen menunjukkan keberkesanan alat bantu “Ladybird DiDi” dalam meningkatkan
kemahiran menulis kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’ bagi murid-murid Tahun 4.
Dalam masa yang sama, alat bantu “Ladybird DiDi” ini dapat membantu peserta kajian
meningkatkan tingkah laku positif terhadap aktiviti pembelajaran khususnya Bahasa Melayu.
Menerusi pemerhatian yang dijalankan terhadap peserta kajian, menunjukkan berlakunya
peningkatan tingkah laku selepas alat bantu “Ladybird DiDi” diperkenal khususnya apabila
berhadapan soalan berkenaan kata sendi nama ‘di’ dan kata imbuhan ‘di’. Menerusi 7 aspek
tingkah laku positif yang telah diperhatikan menunjukkan perubahan yang begitu ketara. Hal
ini selaras dengan pernyataan Sufean Hussin et. al. (2005) yang menyatakan bahan maujud
iaitu bahan konkrit yang dapat disentuh dan dipegang ini mampu merangsang tingkah laku
positif semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) berlangsung. Begitu juga
dalam analisis dokumen yang dijalankan berdasarkan latih tubi pada setiap intervensi yang
telah dilaksanakan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1224

