Page 1247 - e Prosiding Serai 2021
P. 1247

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021


               Berteraskan  teori  Konstruktivisme,  aplikasi  pengajaran  yang  berdasarkan  kepada

               penyelidikan  dan  pengalaman  perlu  diterapkan  bagi  meningkatkan  aktiviti  sosial  dan
               perkembangan bahasa Melayu sesama murid yang melibatkan perkembangan minda, fizikal
               dan  pengetahuan  sedia  ada  murid.  Hal  ini,  pengkaji  perlu  sentiasa  mengenal  pasti  Zon

               Perkembangan Terdekat (ZPD) peserta kajian melalui beberapa intervensi dan aktiviti yang
               dijalankan (Noriati A. Rashid et al., 2016). Berbekalkan pengetahuan sedia ada murid dalam

               mengenal pasti golongan kata seperti arah, tempat dan kata kerja sudah pasti mengukuhkan
               lagi pembelajaran peserta kajian khususnya dalam proses penerimaan maklumat.

               CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


               Melalui kajian tindakan ini, meskipun berjaya dilaksanakan sehingga mencapai objektif kajian
               yang telah ditetapkan, alat bantu “Ladybird DiDi” masih mempunyai ruang untuk membuat
               penambahbaikan  daripada  aspek  saiz  bagi  mempertingkat  tahap  kejelasan  semasa

               menggunakan alat bantu “Ladybird DiDi” ini. Selain itu, aplikasi dan penggunaan alat bantu
               ini juga boleh dicadangkan untuk dimuatkan secara interaktif dalam perisian komputer bagi
               menyahut cabaran revolusi industri keempat (IR 4.0) menggunakan internet. Janudin Sardi

               (2009)  menyatakan  penggunaan  teknologi  membawa  kepada  fleksibiliti  pengguna  dalam
               mengaplikasikan pembelajaran yang menarik seperti bahan interaktif dalam penerangan alat
               bantu “Ladybird DiDi”. Hal ini, konsep dan penggunaan alat bantu ini boleh dipelajari dan

               diperoleh lebih awal, bagi mempercepat proses penerangan aplikasi oleh pengkaji.

                       Oleh yang demikian, anjakan paradigma pendidikan amat penting bagi mendorong
               para pendidik untuk memainkan peranan mereka dengan menyedari akan tanggungjawab dan

               sikap  integriti  sebagai  warga  pendidik  yang  menginginkan  perubahan  ke  arah  melahirkan
               masyarakat  yang  proaktif  dan  berkualiti.  Hal  ini  menjadi  tanggungjawab  pendidik  untuk

               berfikiran secara kreatif dan kritis bagi mencipta sesuatu yang baru melalui strategi, kaedah,
               pendekatan, teknik dan bahan bantu dalam pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan.



               RUJUKAN

               Abdullah  Hassan.  (2001).  Tatabahasa  Bahasa  Melayu:  Morfologi  dan  Sintaksis  untuk
                       Guru dan Pelajar. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
               Asmah  Omar.  (2009).  Nahu  Melayu  Mutakhir  Edisi  Kelima.  Kuala  Lumpur:  Kumpulan
                       Budiman Sdn. Bhd.

               Baharom  Muhammad  &  Ilyas  Hashim.  (2009).  Bagaimana  Memotivasi  Pelajar:  Teori,
                       Konsep dan Kepentingan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.





               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                   1225
   1242   1243   1244   1245   1246   1247   1248   1249