Page 477 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 477
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Aktiviti 1: Pra-Penilaian
Dalam kajian yang dilakukan ini, tinjauan masalah dibuat melalui kuiz untuk subtopik
termodinamik yang dijadikan sebagai ujian pra. Ujian pra dijalankan menggunakan soalan
berbentuk struktur yang mempunyai 10 markah. Pelajar diberi peruntukan masa sebanyak 15
minit untuk menyelesaikan soalan tersebut secara individu tanpa merujuk pada mana-mana
sumber.
Aktiviti 2: Kuasai Termodinamik
Aktiviti bertujuan untuk mengingati terma dan penggunaan simbol positif atau negatif. Selain
daripada itu, aktiviti ini juga membantu pelajar mengingati maklumat daripada graf pV. Aplikasi
Flippity digunakan untuk menyediakan e-Kad Imbasan. Pensyarah menerangkan cara
penggunaan e-Kad Imbasan yang akan digunakan. Selepas itu, pelajar diberikan masa
selama 30 minit untuk menerokai dan mengingati maklumat yang ada menggunakan e-Kad
Imbasan tersebut.
Aktiviti 3: Masihkah Kau Ingat?
Aktiviti yang kedua pula lebih kepada fokus untuk mengetahui maklumat yang pelajar berjaya
ingati selepas menggunakan e-Kad Imbasan. Pelajar boleh ulang mengunakan kandungan e-
Kad Imbasan sebagai ulangkaji. Paparan markah juga boleh dilihat pada skrin. Pelajar yang
mendapat markah lebih atau sama dengan 9 telah menguasai maklumat yang terkandung
dalam e-Kad Imbasan sebelum ke aktiviti 4.
Aktiviti 4: Yakinkah Anda?
Satu set soalan diberikan kepada pelajar untuk dijawab selama 20 minit.
Aktiviti 5: Ujian Pos
Soalan ujian Pos diberikan kepada pelajar untuk dijawab. Soalan ujian Pos yang digunakan
adalah setara dengan soalan ujian Pra yang telah diberikan sebelum ini.
Aktiviti 6: Soal Selidik
Para pelajar diberikan soal selidik bagi menilai keberkesanan penggunaan e-Kad Imbasan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 456

