Page 482 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 482

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                     21-22 September 2021

                PENGGUNAAN VIDEO ANALOGI UNTUK MEMBANTU PELAJAR S23T5 DAN  S23T11
                          MENGUASAI KEMAHIRAN MENENTUKAN REAKTAN PENGEHAD

                                                                                       2
                                                         1
                 Hazmira Suzlin binti Ab Hamid @ Fauzi , Safizan binti Zainal  Khairi , Nurul Syafiqah
                                                                                                     5
                                  3
                   binti Zakariya , Sharifah Nurliyana binti Syed Nasir  dan Leila Hani binti Zainal
                                                                        4

                                              1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Melaka
                                              hazmira@kmm.matrik.edu.my


                                                       ABSTRAK


               Konsep reaktan pengehad merupakan konsep yang amat penting dikuasai oleh pelajar dalam

               topik 1.0  Jirim di peringkat Matrikulasi. Konsep reaktan pengehad ini sangat berkait rapat
               dengan  penggunaan  stoikiometri  dalam  menentukan  jumlah  hasil  dan  reaktan  berlebihan
               pada  tindak  balas  kimia.    Berdasarkan  pengalaman  pengajaran  pensyarah  dan  semakan

               latihan pelajar, pelajar tidak dapat  memahami konsep reaktan pengehad dan seterusnya
               menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan  stoikiometri yang tepat dalam menentukan
               jumlah hasil dan reaktan berlebihan pada tindak balas kimia  yang diberi. Seramai 10 orang

               pelajar S23T5 dan S23T11 telah terlibat dalam kajian ini. Video analogi  digunakan untuk
               membantu  meningkatkan  kemahiran  pelajar  menguasai  kemahiran  menentukan    reaktan

               pengehad.  Hasil  ujian  pos  mendapati  100%  pelajar  menunjukkan  peningkatan  dalam
               menjawab  soalan stoikiometri yang melibatkan reaktan pengehad, jumlah hasil dan reaktan
               berlebihan bagi tindak  balas kimia yang diberi. Selain itu, berdasarkan pemerhatian juga

               didapati  pelajar  telah  menunjukkan    minat  dalam  topik  stoikiometri  ini  setelah  menguasai
               konsep reaktan pengehad.


               Kata kunci: Reaktan pengehad, stoikiometri, video analogi, Kimia.


               PENDAHULUAN

               Pada kebiasaannya, pensyarah akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari
               dan  dilaluinya  semasa  latihan  di  Institut  Pendidikan  Guru  atau  Universiti  apabila

               melaksanakan  pengajaran  dan  pembelajaran  (P&P)  dalam  kelas  masing-masing.  Maka
               pendekatan  serta  teknik-teknik  pengajarannya  adalah  amalan  biasa  sebagaimana  yang

               dilakukan  oleh  pensyarah-pensyarah  lain  dan  seterusnya,  dengan  kata  lain  amalan
               “duplicating  of  experience”  akan  berlaku.  Jika  amalan  ini  berterusan  maka  kreativiti  dan
               inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah.






               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                461
   477   478   479   480   481   482   483   484   485   486   487