Page 938 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 938

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               DAPATAN KAJIAN

               Pandangan guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap penerapan KBAT?

               Keseluruhannya, guru-guru dapat memahami dengan baik tentang konsep KBAT iaitu KBAT
               membolehkan murid-murid meneroka pemikiran lebih tinggi secara meluas di samping proses

               penyelesaian masalah.  Guru-guru juga berpendapat bahawa KBAT perlu diajarkan dalam
               PSV kerana untuk perkembangan pada masa depan, mencungkil bakat keberanian murid-
               murid dari segi mengemukakan idea-idea yang bernas, kebolehan murid untuk mencipta dan

               menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif, inovatif dan kebolehan berkomunikasi.
                       Guru-guru juga berpandangan positif dan baik untuk melaksanakan PdPc berasaskan
               KBAT.  Hal ini kerana mereka berpendapat KBAT menjadi satu keperluan untuk membentuk

               murid yang dapat berfikiran aras tinggi, meluas, di luar kebiasaan dan kreatif.  Kebolehan
               berfikir  dengan  berkesan  sangat  penting  dalam  menghadapi  cabaran-cabaran  kehidupan
               seharian yang kian kompleks dan canggih pada masa akan datang.  Selain itu, pelaksanaan

               KBAT  dapat  membolehkan  guru-guru  menilai  dan  mengukur  tahap  kebolehan  para  murid
               dalam  sesi  PdPc  yang  dijalankan.    Di  samping  itu,  nilai-nilai  murni  dapat  diterapkan  dan

               dipupuk  agar  para  murid  mampu  bersaing  untuk  membina  jati  diri  dan  menyeimbangkan
               jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

               Kaedah-kaedah  pengajaran  dan  pemudahcaraan  (PdPc)  guru-guru  Pendidikan  Seni
               Visual untuk mengaplikasikan KBAT dengan menggunakan aplikasi teknologi.

               Kesemua  guru  mengaplikasikan  kaedah  yang  hampir  sama  kerana  pengajaran  mereka
               tertumpu kepada kelas berpotensi (Kelas belakang). Mereka mengakui kaedah yang mereka
               gunakan adalah untuk memudahkan kefahaman para murid dalam proses menerapkan KBAT

               iaitu  pendekatan  dari  mudah  kepada  kompleks  (susah)  dan  pendekatan  masteri  (mastery
               learning).

                       Penerapan KBAT yang dilaksanakan oleh guru-guru bermula dengan peringkat asas
               iaitu memberi pengetahuan kepada para murid iaitu memberi asas-asas pengetahuan kepada
               para murid sebelum memberi tugasan kepada mereka untuk menghasilkan sesuatu karya.

               Aras pengetahuan adalah KBAR yang perlu diberikan untuk kefahaman para murid terlebih
               dahulu tentang sesuatu topik sebelum meneruskan kepada KBAT iaitu tahap menganalisis,

               menilai dan mencipta dalam aktiviti seterusnya.  Apabila  mereka  telah  dapat  memahami
               dan  mengikuti  kemahiran  itu, kemudian mereka dapat menghasilkan atau mencipta sesuatu
               tugasan  dengan  baik  dan  seterusnya  dapat  diberikan  tugasan  lanjutan  atau  pengukuhan

               kepada mereka.
                       Perkara ini menjadi penting jika melibatkan proses penggunaan alat dan bahan-bahan
               yang  belum  pernah  diikuti  oleh  para  murid.  PSV  memerlukan  para  murid  mengetahui

               penggunaan  alat  dan  bahan  sebelum  sesuatu  tugasan  diberikan.  GPSV2  menjelaskan,




               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                917
   933   934   935   936   937   938   939   940   941   942   943