Page 939 - e Prosiding Serai 2021 final
P. 939

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
                                                                                      21-22 September 2021

               “Kalau...maksudnya kalau mengajar macam depa daripada mudah ke susahlah. Kalau kita
               nak buat apa-apapun, yang pertama kita kena tunjuk cara dululah, tunjuk cara dekat budak,

               kita tengoklah kelas mana kita mengajar, kalau kelas belakang tu kita kena beware. Hati-hati
               jika melibatkan barang elektrik...dan melibatkan gunting. Bagi saya, kalau melibatkan benda-
               benda  tajampun kita kena hati-hati...kita kena bagi penerangan  dulu  macamana cara nak

               gunakan      alat   ni...kemudian    saya     rasa    kita   kena     bagi    penerangan”.
               (In.2/TB1/300118/(SMK2):554-561).

                       Seterusnya,  GPSV3  pula  menekankan  pendekatan  pembelajaran  masteri  (mastery
               learning)  untuk  memberi  kefahaman  kepada  para  murid.  Namun  begitu,  beliau
               mengaplikasikan pendekatan tersebut bergantung kepada tahap murid dan situasi kelas yang

               diajar.  Beliau  menyatakan,  “Aaa...pendekatan  masteri  digunakan  di  peringkat  awal
               memang...sebab budak saya ni...murid saya ni...tak tahu...kita bagi satu...Kalau tanpa kita tak

               jadi...Kita  kena  bagi...bagi  terbuka  minda  dulu.  Tengok  juga  situasi  kelas”
               (In.3/TB1/160617/(SMK3):661).
                       Selain itu, GPSV4 juga menyokong kefahaman para murid perlu ditumpukan sebelum

               menjalankan tugasan untuk menghasilkan karya, “...sebab bila kita memikirkan  cara...murid
               dapat memahami sesuatu teknik  tu dahulu...memahami  cara  untuk  faham  menghasilkan
               sesuatu  hasil  karya  itu...” (In.4/TB1/180918/544-545).

                       Kaedah  PdPc  yang  dilaksanakan  di  dalam kelas merangkumi kaedah penerangan,
               perbincangan,  penyelesaian  masalah  dan  sumbangsaran.  Kaedah  penerangan  sangat
               diperlukan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mendalam kepada para murid. Hal

               ini  disokong  oleh  GPSV2,  “...Yang  pertama  kita  kena  bagi  penerangan  dulu.”
               (In.2/TB1/300118/(SMK2):554). GPSV3 pula menyatakan ilmu perlu diterangkan kepada para

               murid kerana ilmu juga berdasarkan pengalaman.”…ilmu tu tak ada dalam buku...dan ilmu itu
               berdasarkan pengalaman kita...kita kena bagi pengalaman tu pada murid. Bila dia faham satu
               lagi akan datang tak ada masalah”. (In.3/TB1/160617/(SMK3):692-695). GPSV5 menjelaskan

               beliau banyak menekankan kaedah penerangan dalam PdPc yang dijalankan, “Saya banyak
               memberi penerangan kepada para murid.” (In.5/TB2/310717/(SMK2)/906).

                       Selain  itu,  GPSV3  juga  menggunakan  kaedah  perbincangan  dan  pembentangan
               dalam penerapan KBAT kepada para murid. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid
               saling bekerjasama di dalam kumpulan dan mendidik para murid agar berani mengeluarkan
               pendapat mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari.  GPSV3 yang menjelaskan, “PdP

               abad ke-21 banyak saya terapkan kepada mereka. Mereka boleh berbincang spontan boleh
               bercakap...”  (In.3/TB1/160617/(SMK3):661-674)..  Kaedah  yang  dijalankan  ini  dengan

               mengaplikasikan penggunaan komputer riba untuk mencari bahan-bahan pembentangan.







               e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4                                                                                918
   934   935   936   937   938   939   940   941   942   943   944