Page 85 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 85

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan
               dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:

                   1.  Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan
                       memudaratan penyakitnya.
                   2.   Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
                   3.   Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
                   4.  Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.

               Niat Sembahyang Jumaat

                                                                                ِ
                                                                  ِ
                                                            ِ
                                                " ﺎﻣﻮﻣﺄﻣ ءاد
                                           ﱃﺎﻌـﺗ  ِِ     َ َ ََ َ َُُ       ضﺮﻓ ﻲّ ﻠﺻُأ
                                                            ا ﲔﺘﻌﻛر ﺔﻌﻤﳉا
                                                                َ
                                                                             َ
                                             َ
                                                                                 َ
                                                                         َ
                                         َ َ
                                               ّ ً ُ َ ً
                   Ertinya: Sahaja aku sembahyang fardhu Jumaat dua rakaat mengikut imam tunai
                                                    kerana Allah Ta’ala.

               Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:

                   1.  Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid
                   2.  Memotong kuku.
                   3.   Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
                   4.   Bersugi.
                   5.   Memakai wangi-wangian.
                   6.   Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
                   7.   Bersegera pergi ke masjid.
                   8.   Berniat iktikaf.
                   9.   Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
                   10.  Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

               Perkara yang di larang ketika khutbah Jumaat :

                   1.  Bercakap.
                   2.  Mengganggu Jemaah lain
                   3.  Lalai dan melakukan perkara yang sia-sia.
                   4.  Bermain-main.

               Keistimewaan dan Kelebihan Solat Jumaat

               1.  Di antara kelebihan solat Jumaat antaranya ialah:
                   1.1. Mengukuhkan  ikatan  silaturahim  dan  kasih  sayang  sesama  islam,  di  mana  ia
                       merupakan salah satu unsur terpenting untuk menjamin kekuatan umat islam.
                   1.2. Memberi  ilmu,  tunjuk  ajar  serta  nasihat  yang  berguna  untuk  seluruh  jemaah
                       melalui  khutbah,  di  mana  ia  merupakan  satu  peluang  bagi  setiap  individu
                       melaksanakan muhasabah diri sendiri.
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90