Page 87 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 87

6.  Kita disunatkan datang awal ke masjid dan mendapatkan saf yang pertama atau
                       saf yang paling hadapan dan mengisi masa di dalam masjid dengan beriktikaf,
                       membaca  Al-Qur’an,  berzikir,  mengerjakan  solat  sunat  dan  memperbanyakkan
                       selawat ke atas Rasulullah s.a.w.

                   7.  Manakala  sewaktu  khutbah  Jumaat  dibacakan,  para  jemaah  hendaklah
                       menumpukan  perhatian  sepenuhnya  kepada  khutbah  tersebut.  Mendengar
                       khutbah  merupakan  suatu  kemestian  bahkan  kita  dilarang  melakukan  ibadat
                       sunat seperti berzikir atau membaca Al-Qur’an ketika khatib sedang berkhutbah.
                       sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

                          “Dari Ali bin Abi Talib Radiallahuanhu katanya, Rasulullah Sallallahu Alaihi
                          Wasallam bersabda : Barangsiapa yang bercakap-cakap pada hari Jumaat
                          ketika imam sedang membaca khutbah dan sesiapa yang melarang kepada
                                   rakannya yang bercakap, maka tiadalah Jumaat baginya.”
                                                  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

                       •  Cadangan Rujuk Buku dan tidak perlu dimasukkan dalam modul
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92