Page 86 - Panduan Pelaksanaan Kem Bestari Solat
P. 86

Demikianlah  betapa  istimewanya  hari  Jumaat  bagi  umat  Islam.  Dalam  hal  ini,
               Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan agar umatnya melakukan beberapa ibadat sunat
               pada hari Jumaat yang dapat menambahkan lagi ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Di
               antara ibadat tersebut ialah:

                   1.  Membaca  Surah  As  Sajdah  di  dalam  sembahyang  Fardhu  Subuh  dan  diiringi
                       dengan  sujud  tilawah.  Sesungguhnya  tiada  ganjaran  yang  lebih  besar  bagi
                       mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah s.w.t. yang terbentang
                       luas, sebagaimana yang disebutkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud:
                       “Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu katanya:

                           Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Apabila anak cucu Adam Alaihissalam
                          membaca Surah As Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan
                        mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata:
                          Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam Alaihissalam di perintah untuk sujud
                       kepada Allah, maka bagi mereka itu balasan syurga sedangkan aku juga disuruh
                           untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar, oleh itu untuk-ku api neraka.”
                                                 (Hadis riwayat Imam Abu Daud)

                   2.  Membaca  Surah  Al  Kahfi  pada  malam  Jumaat  atau  pagi  hari  Jumaat.  Mereka
                       yang membaca surah ini akan mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah
                       s.w.t.  di  sepanjang  minggu  tersebut  dan  akan  memperolehi  cahaya,
                       sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis maksudnya:

                           “Dari Abi Sahid Al Khudri katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
                         bersabda : Barangsiapa yang membaca Surah Al Kahfi pada malam Jumaat
                       nescaya Allah s.w.t. akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat.”
                                                  (Riwayat Al-Imam Ad-Darimi)

                   3.  Memperbanyakkan  berselawat  ke  atas  Rasulullah  s.a.w.,  sebagaimana  sabda
                       Baginda s.a.w. yang bermaksud:“Dari Abi Ad Darda’e katanya :
                   4.
                          "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Perbanyakkanlah
                         selawat ke atas-Ku pada hari Jumaat. Sesungguhnya ia disaksikan oleh para
                                                             malaikat.”
                                                (Hadis riwayat Imam Ibnu Majah)

                   5.  Sebelum  pergi  ke  masjid,  kita  disunatkan  mandi,  membersihkan  badan,
                       memotong  kuku,  memakai  pakaian  yang  bersih  dan  kemas  dan  berwangi-
                       wangian  agar  jemaah  lain  yang  berhampiran  tidak  terganggu  oleh  bau  badan
                       atau pakaian yang busuk. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

                           “Dari Abdullah bin Umar r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika
                              seseorang daripada kamu hendak pergi bersembahyang Jumaat, maka
                                                         sunatlah ia mandi.”
                                                    (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91