Page 72 - Buku Pengurusan SMKMN 2021
P. 72
58
- Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua
kelas, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa kelas.
- Mengadakan mesyuarat kelas dari semasa ke semasa.
- Memastikan segala minit mesyuarat kelas direkodkan.
- Memastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria.
- Memastikan murid membuat jadual tugasan dan menjalankan tugas masing-
masing.
- Memastikan perabot, peralatan dan keadaan fizikal kelas dalam keadaan selamat.
- Menerima laporan kerosakan dan mengambil tindakan segera dengan
melaporkan kepada pihak pengurusan.
- Memaparkan dengan jelas segala peraturan berkaitan dengan kelas di papan
kenyataan kelas.
- Menentukan disiplin murid di dalam kelas terkawal.
- Memastikan papan kenyataan dan sudut PdP kelas diuruskan dengan teratur dan
dapat dimanfaatkan oleh murid.
2. Mengurus Rekod Kehadiran Murid
- Merekod dan memasukkan semua butiran murid ke dalam Rekod Kehadiran
mengikut ruangan yang ditetapkan.
- Merekod kehadiran murid setiap hari.
- Melengkapkan rekod kehadiran murid sebelum bermula waktu ketiga pada
setiap hari persekolahan.
- Menutup rekod kehadiran pada tiap akhir bulan dan menyerahkannya kepada
Penyelaras Tingkatan untuk disemak.
- Memastikan murid membawa surat ibu bapa/penjaga/doktor jika tidak dapat
hadir ke sekolah.
- Memaklumkan ketidakhadiran murid ke sekolah yang melebihi tiga hari kepada
pihak sekolah (PK HEM) dan ibu bapa.
- Mengambil tindakan tentang pertukaran murid:-
i. Mencatatkannya ke dalam rekod kehadiran.
ii. Menyediakan semua dokumen pertukaran seperti laporan
keputusan peperiksaan, butiran biasiswa, markah ULBS dan
perkara-perkara lain yang berkaitan dan menyerahkannya kepada
pihak pejabat.
- Warna dakwat yang digunakan dalam rekod kehadiran murid hendaklah serupa
dari awal hingga akhir.
- Pemadam cecair tidak boleh digunakan untuk memadam apa-apa catatan dalam
Rekod Kehadiran. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja dengan
menggunakan dakwat yang serupa dan tandatangan ringkas.
3. Bayaran Persekolahan
- Mengutip sumbangan PIBG.
- Mengeluarkan resit bayaran dan merekodkan dalam buku yang dikhaskan.
- Menghantar wang kutipan kepada kerani kewangan di pejabat sekolah atau
bendahari PIBG pada hari diterima.
- Memasukkan butiran resit ke dalam Buku Rumusan Resit.
- Menyerahkan Buku Rumusan Resit kepada kerani kewangan.
- Memasukkan butiran bayaran ke dalam Rekod Kehadiran Murid atau buku yang
dikhaskan.
- Mengambil tindakan sewajarnya seperti memberikan peringatan terhadap murid
yang masih belum menyelesaikan sumbangan PIBG sehingga bulan Ogos.
4. Membantu JK SPBT serta Bantuan & Biasiswa
- Mengedarkan borang berkenaan kepada para murid

