Page 16 - E KATALOG DIMENSI 100 RUANG DAN MASA
P. 16

80576
                  BIBIANA JOSEPH




                                “Inspirasi” menggambarkan OT Dussek selaku pengetua
                                pertama SITC (Sultan Idris Training College) yang telah
                                banyak membantu guru dan pelajar di institusi ini
                                terutamanya dalam memartabatkan pendidikan bangsa
                                Melayu. Berbeza dengan penjajah lain, beliau telah
                                memberi pendidikan kepada pelajarnya dengan ikhlas
                                tanpa menggunakan sebarang muslihat. Sempena tema
                                Dimensi 100 : Ruang dan Masa, pengkarya melihat bahawa
                                OT Dussek merupakan salah seorang tokoh penting yang
                                boleh dijadikan contoh seorang pemimpin yang baik dalam
                                usaha merealisasikan matlamat institusi ini.  Sesuai dengan
                                tema ini, pengkarya  cuba untuk menghasilkan sebuah
                                karya catan dengan gabungan bidang lain iaitu seni
                                sulaman atas kanvas. Karya ini dipersembahkan dalam
                                bentuk pop art dengan warna monokrom.


























                                                        INSPIRASI
                                                        3.3 X 4 KAKI
                                                        catan dan
                                                        media campuran




                                                                            16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21