Page 27 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 27
Membaca
Parlimen Lambang Demokrasi
AKTIVITI
1. Baca petikan dan nyatakan maksud ungkapan yang berwarna merah.
2. Bincangkan sistem pentadbiran negara berdasarkan carta.
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan yang mencerminkan T
aspirasi rakyat. Pemimpin umpama pohon, rakyat ibarat akar, kuat lilit kerana E
simpulnya. Parlimen Malaysia merupakan badan penggubal undang-undang tertinggi negara M
yang terdiri daripada tiga komponen utama, iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan A
Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 18
Rentetan daripada pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai
kemerdekaan ialah Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah
Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya
bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman.
Aturan urusan mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Dipertua bagi kedua-dua
dewan tersebut. Pemilihan ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38
orang Ahli Dewan Negara dan 104 orang Ahli Dewan Rakyat. Pada 16 September 1963,
Malaysia telah terbentuk. Berikutan daripada itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mengukir sejarah penting
apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan Parlimen yang tersergam indah.
(Sumber: Diubah suai daripada www.parlimen.gov.my)
YANG DI-PERTUAN AGONG
EKSEKUTIF PERUNDANGAN KEHAKIMAN
PERDANA MENTERI PARLIMEN KETUA HAKIM NEGARA
JEMAAH MENTERI/
KABINET
DEWAN NEGARA
KEMENTERIAN DEWAN RAKYAT MAHKAMAH
JABATAN RAKYAT (PENGUNDI)
Fungsi Utama Kerajaan
207
2.4.1 207

