Page 30 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 30

Tatabahasa


                           Condong yang akan Menongkat, Rebah yang akan Menegak


                                                        Presiden atau Yang Dipertua merupakan ketua
                                  AKTIVITI              dalam sesebuah organisasi kepimpinan. Organisasi
                         1.  Bina lapan ayat dasar      kepimpinan ada jentera pentadbirannya sendiri.
                            berdasarkan teks dan ilustrasi   Organisasi tersebut merangkumi Timbalan Presiden,
                            di bawah (rujuk muka surat 47   Setiausaha, Bendahari dan Anggota Jawatankuasa
           T                tentang ayat dasar).
           E             2.  Jelaskan ciri-ciri pemimpin   atau Exco.
           M                pilihan anda.                  Presiden sebagai pemimpin mestilah kreatif.
           A                                            Pemimpin mesti menggerakkan organisasinya.
                    Pemimpin yang berwibawa dan kreatif dapat menjadikan kepimpinan tersebut lebih maju
          18        dan berjaya. Terdapat beberapa ciri pemimpin yang disukai dan menjadi harapan masyarakat.
                       Pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur. Pemimpin mestilah amanah.
                    Pemimpin perlu menjalankan tanggungjawab. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan
                    terlaksana tanpa pemimpin yang berwibawa.  Sebagai pemimpin rakyat, beliau haruslah
                    bersama-sama dengan rakyat menyelesaikan
                    permasalahan mereka. Pemimpin seperti inilah
                    yang menjadi harapan rakyat.
                           Kesimpulannya, pemimpin mestilah menjadi
                    tempat rakyat meletakkan harapan mereka.
                    Nasib rakyat akan terbela. Pemimpin pula akan
                    disanjungi dan dihormati. Jadi, kedua-duanya
                    perlulah saling melengkapi.



                                    PERKASA ILMU


                      María Estela Martinez Cartas (1931–) atau lebih
                      dikenali sebagai Isabel Martínez de Perón ialah
                      isteri ketiga mantan Presiden Argentina, Juan
                      Perón. Setelah suaminya meninggal dunia pada
                      1 Julai 1974, beliau dilantik sebagai Presiden
                      Argentina  dan  memerintah  negara  tersebut
                      sehingga 24 Mac 1976. Beliau dianggap sebagai
                      presiden wanita pertama di dunia dan dalam sejarah
                      Amerika Latin.
                      (Sumber: http://biography.yourdictionary.com/isabel-
                                                martinez-de-peron)






                    210             5.5.1
                    210
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35