Page 46 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 46

elit  golongan yang dianggap berpengaruh, intelek
                    eksklusif  sesuatu yang bertaraf tinggi, istimewa
                    eksotik  berasal dari luar negeri, asing, luar biasa keistimewaannya seperti buah-buahan, masakan, haiwan
                    ekspo  pameran
                    ekstrak  pati atau jus yang dikeluarkan daripada sesuatu seperti tumbuhan, buah-buahan, atau haiwan
                    elaun  bayaran yang diberikan kepada seseorang (oleh sesebuah organisasi) secara tetap (untuk melaksanakan
                             sesuatu tugas)
                    etnobotani  berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan dan kegunaannya

                    falsafah  pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi, yang menjadi dasar
                        ilmu-ilmu lain, orang yang ahli dalam falsafah, ahli fikir
                    fauna  keseluruhan haiwan yang hidup di sesuatu daerah atau habitat
                    frasa  terbentuk daripada satu kata yang berpotensi menjadi unit yang lebih besar

                    galas  memikul bungkusan di atas bahu
                    gamit  isyarat dengan jari biasanya dengan menggerak-gerakkan empat jari ke atas dan ke bawah untuk
                        memanggil seseorang
                    genetik  kajian tentang keturunan atau baka, dan cara individu mewarisi sesuatu ciri atau sifat serta memindahkan
                        ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen
                    gentian  serat, serabut
                    glasier  timbunan besar ais yang bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi
                    gubal  menyusun undang-undang

                    hab  pusat bagi sesuatu
                    halal  dibolehkan oleh undang-undang Islam
                    hatta  (sastera lama) sesudah itu; selepas itu; kemudian dari itu
                    hormon  bahan kimia yang dikeluarkan dalam kelenjar endoktrin dan mempunyai kesan atas kegiatan
                        organ-organ lain

                    ikal  berombak-rombak
                    imbuhan  penambahan yang digabungkan kepada sesuatu kata sama ada sebagai awalan, akhiran, atau apitan
                    insurans  perjanjian tanggungan yang dibuat oleh sesebuah syarikat untuk menggantikan kerugian dan bayaran
                        premium tertentu
                    integrasi   gabungan dua atau beberapa kaum
                    integriti  kejujuran, keadaan sempurna dan utuh, keutuhan
                    intensif  dengan giat dan bersungguh-sungguh

                    julung  pertama kali

                    kata ganda  kata yang terbentuk melalui proses perulangan seperti rama-rama, gunung-ganang, jejari
                    kata nama am  kata nama yang merujuk sesuatu secara umum, misalnya: buku, jalan, dan pulau
                    kata nama khas  kata nama yang khusus merujuk orang, tempat, atau benda
                    kekek  bahagian ketiak baju kurung
                    kekuda  kuda-kuda, kayu penyangga pada alat bunyi-bunyian untuk meregangkan tali
                    kelubung  sesuatu seperti kain sebagai pembungkus atau penutup, selubung
                    khazanah  harta benda
                    kimpalan  cantuman dua bahagian logam
                    komited  mempunyai atau menunjukkan komitmen terhadap sesuatu
                    komoditi   barangan yang diperdagangkan
                    kornea  selaput hening di hadapan biji mata yang menutup mata hitam dan anak mata
                    kosmetik  alat solek atau bahan yang digunakan untuk mencantikkan rupa seseorang

                    226
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51