Page 45 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 45

Glosari












                  aerodinamik  ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara seperti kereta, kapal
                       terbang, dan sebagainya
                  aerosol  ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara
                  akhiran  penambahan atau imbuhan pada bahagian akhir sesuatu kata
                  akses  proses atau cara untuk mencapai (memperoleh, menggunakan) sesuatu data, atau maklumat, capaian
                  alaf  masa yang lamanya 1000 tahun, seribu tahun
                  alpa  lalai
                  altitud  ketinggian sesuatu tempat yang biasanya diukur dari aras laut
                  alternatif  pilihan
                  amalan  perbuatan yang biasa dilakukan
                  antasid  (ubat) bahan beralkali yang dapat melegakan keadaan asid yang berlebihan di dalam perut
                  antibiotik  bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau
                       memusnahkan mikroorganisma lain, seperti bakteria (digunakan untuk merawat penyakit berjangkit)
                  arakian  (sastera lama) sesudah itu, maka
                  aspirasi  keinginan yang kuat, cita-cita
                  astigmatisme  kekaburan penglihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea
                  atmosfera  lapisan udara yang melingkungi bumi yang terdiri daripada bahan-bahan gas
                  awalan  penambahan atau imbuhan pada bahagian hadapan sesuatu kata

                  balet  tarian
                  belenggu  halangan
                  beliung  sejenis kapak yang matanya melintang (perkakas tukang kayu)
                  berasak  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan
                  berintegriti  mempunyai kejujuran
                  biografi  riwayat atau kisah hidup seseorang
                  bioteknologi  kegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma, sistem biologi, atau proses biologi dalam
                       industri pengeluaran dan perkhidmatan untuk menghasilkan produk seperti antibiotik, vaksin, dan keju
                  brosur  risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu
                  bumbu  bahan-bahan perencah
                  busana  pakaian yang lengkap dan indah-indah

                  cendekiawan  orang yang cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual
                  cita rasa  kegemaran dan kecenderungan
                  curiga  syak wasangka, sangsi

                  darurat  keadaan yang mencemaskan atau menyusahkan, kesukaran yang timbul dengan tidak disangka-sangka
                  degradasi  proses penguraian sebatian yang kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas
                  demokrasi  pemerintahan negara oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan raya
                  diabetes  keadaan yang dicirikan oleh perembesan dan perkumuhan air kencing yang berlebihan; kencing manis
                  dialog  percakapan atau perbualan
                  drama  lakonan berpandukan skrip


                                                                                                    225
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50