Page 47 - BAHASA MELAYU TINGKATAN 1_tema16to18
P. 47

laser  alat untuk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yang
                       amat kuat dan tertumpu pada satu hala
                  layur  mendiang di atas api supaya kering, layu, dan lain-lain; memanggang
                  lestari  kekal, tetap
                  lombol  salah satu acara dalam gimnastik, acara yang menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang
                       dengan menggunakan galah

                  malim gunung  pemimpin atau petunjuk jalan di kawasan pergunungan
                  mayang mengurai  rambut yang mengurai serta ikal
                  memuai  menjadi kembang (bahan yang direbus, direndam, dimasak, dan lain-lain), bangun atau bangkit
                       (kuih, adunan, dan lain-lain)
                  menerajui  mengetuai
                  mengetam  melicinkan kayu dengan ketam (sejenis alat untuk melicinkan kayu, papan)
                  metropolitan  bandar raya utama
                  mistik  keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban

                  netizen  pengguna Internet yang mengambil bahagian dalam masyarakat politik seperti bertukar-tukar pendapat,
                       membekalkan maklumat, dan memberikan sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan
                       pertumbuhan Internet

                  obesiti  kegemukan yang berlebihan
                  oftalmologi  kajian tentang mata dan penyakitnya
                  osteoporosis  kerapuhan tulang yang biasa dialami oleh orang tua

                  pancaroba  keadaan yang tidak menentu
                  pantun  karangan berangkap yang biasanya terdiri daripada dua baris, empat baris, enam baris, lapan baris,
                       dan seterusnya
                  pasak  sejenis baji atau paku yang dibuat daripada kayu untuk mengetatkan sesuatu
                  pemangkin  faktor yang mempercepat sesuatu
                  penampilan  perihal (tindakan, usaha) menampilkan (mengemukakan) seseorang atau sesuatu
                  pendeta  orang yang mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sangat luas
                  perintis  pelopor
                  persada  taman tempat bersuka-suka atau berehat-rehat
                  pesak   kain yang dijahit pada kelengkang atau depan seluar, iaitu pada tempat kancing atau di bawah ketiak
                       baju
                  pesona  menjadikan seseorang berasa terpikat (tergoda, kagum, dan sebagainya)
                  pokok hibrid  tumbuhan yang dihasilkan daripada percantuman dua jenis benih yang berlainan, kacukan
                  polo  permainan bola yang melibatkan dua pasukan pemain yang menunggang kuda atau menggunakan kuda
                       dan menggunakan kayu panjang sebagai pemukul bola untuk memasukkan bola ke dalam gol

                  radar  alat untuk mengesan arah dan jarak jauh kapal dengan gelombang radio
                  rasisme  perihal berpuak
                  rekayasa  penerapan unsur-unsur ilmu
                  relevan  ada kaitan atau hubungannya dengan apa-apa yang dibicarakan, apa-apa yang berlaku dan sebagainya
                  reruai  kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan
                       tertentu

                  sajak  sejenis puisi moden yang bebas bentuknya
                  saluang sejenis alat muzik tradisional masyarakat Minangkabau yang dibuat daripada buluh seperti seruling




                                                                                                    227
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52