Page 19 - ASAS OLAHRAGA TAHUN 6
P. 19
PENGENALAN
Lompat tinggi merupakan salah satu daripada acara lompat yang
dipertandingkan dalam sukan olahraga.
Ia disertai oleh lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah
hinggalah ke peringkat antarabangsa.
Dari masa ke semasa,terdapat banyak perubahan daripada segi teknik
melompat tinggi berbanding acara-acara padang yang lain.
Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih tinggi di
samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan.

