Page 2 - Nota Sains Tahun 4
P. 2

UNIT 7 : TENAGA


      7.1.1  Tenaga dan Sumbernya


          1.  Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.
          2.  Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
          3.  Sumber-sumber tenaga:
                 1.  Matahari merupakan  sumber tenaga  yang  paling  utama. Tenaga matahari
                     boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel suria.
                 2.  Air  yang  mengalir  menggerakkan  turbin  di  dalam  empangan  untuk
                     menjanakan elektrik.
                 3.  Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan sisa tanaman)
                     atau  tinja  haiwan  yang  digunakan  untuk  menghasilkan  bahan  api  dan
                     menjanakan elektrik.
                 4.  Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan elektrik.
                 5.  Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan elektrik di stesen
                     janakuasa nuklear.
                 6.  Bahan  api  fosil  seperti  petroleum,  gas  asli  dan  arang  batu  dibakar  untuk
                     menjanakan elektrik.
                 7.  Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan elektrik.
                 8.  Geoterma  juga merupakan  sumber  tenaga  yang  diperoleh  daripada  haba
                     batuan panas di bawah permukaan bumi untuk menjanakan elektrik.
   1   2   3   4   5   6   7