Page 6 - Nota Sains Tahun 4
P. 6

7.1.4  Tenaga Tidak Boleh Dicipta atau Dimusnahkan


          1.  Semua perubahan yang berlaku di alam ini melibatkan tenaga.
          2.  Tenaga  boleh  berubah  bentuk  kerana  tenaga  tidak  boleh  dicipta  atau
              dimusnahkan.
          3.  Motosikal yang bergerak mempunyai tenaga kinetik. Tenaga tidak boleh dicipta.
              Enjin motosikal hanya mengubah tenaga kimia daripada petrol kepada tenaga
              kinetik. Tenaga juga tidak boleh dimusnahkan. Semasa motosikal bergerak,
              sebahagian tenaga kinetiknya turut berubah kepada bentuk-bentuk tenaga yang
              lain seperti tenaga bunyi dan tenaga haba. Motosikal berbenti bergerak kerana
              semua tenaga kimia daripada petrol telah berubah sepenuhnya kepada bentuk-
              bentuk tenaga yang lain.
              Tenaga kimia -> Tenaga kinetik -> Tenaga haba + Tenaga bunyi
          4.  Kesimpulan:  Tenaga  tidak  boleh  dicipta  atau  dimusnhkan,  tetapi  boleh  berubah
              bentuk.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11