Page 5 - Nota Sains Tahun 4
P. 5

7.1.3  Perubahan Bentuk Tenaga


          1.  Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain.
          2.  Simbol -> bermaksud berubah kepada.
          3.  Simbol + bermaksud dan.
          4.  Contoh perubahan bentuk tenaga:
                   Semasa mengasuh basikal, tenaga kimia daripada makanan yang dimakan
                     berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan kaki dan basikal).
                     Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
                   Ketika menghidupkan televisyen, tenaga elektrik (di dalam litar elektrik
                     televisyen) yang digunakan berubah kepada tenaga cahaya (imej) dan
                     tenaga bunyi.
                     Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya + Tenaga bunyi
                   Semasa api menyala, tenaga kimia yang tersimpan dalam bahan bakar
                     berubah kepada tenaga haba dan tenaga cahaya.
                     Tenaga kimia -> Tenaga haba + Tenaga cahaya

                   Semasa terjun dari papan terjun, tenaga keupayaan (kedudukan penerjun
                     yang tinggi) berubah kepada tenaga kinetik (pergerakan penerjun) dan
                     kemudian berubah kepada tenga bunyi (bunyi percikan air).
                     Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga bunyi
                   Ketika menyalakan lampu suluh, tenaga kimia yang tersimpan di dalam
                     bateri berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar elektrik lampu suluh).
                     Kemudian, tenaga elektrik berubah kepada tenaga haba (mentol menjadi
                     panas) dan tenaga cahaya (mentol menyala).

                     Tenaga kimia -> Tenaga elektrik -> Tenaga haba + Tenaga cahaya
                   Ketika menggunakan kalkulator suria, tenaga suria yang diperoleh daripada
                     Matahari berubah kepada tenaga elektrik (dalam litar kalkulator). Kemudan,
                     tenaga elektrik berubah kepada tenaga cahaya (skrin memancarkan
                     cahaya).
                     Tenaga suria -> Tenaga elektrik -> Tenaga cahaya
                   Ketika kenderaan bergerak, enjin kereta mengubah tenaga kimia yang
                     tersimpan dalam bahan api fosil kepada tenaga kinetik (pergerakan kereta).
                     Tenaga kimia -> Tenaga kinetik
                   Tumbuh-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Semasa fotosintesis,

                     tumbuh-tumbuhan mengubah tenaga cahaya daripada Matahari kepada
                     tenaga kimia yang tersimpan sebagai kanji.
                     Tenaga suria -> Tenaga kimia
                   Semasa bermain papan luncur, pemain bermula dari tempat yang tinggi
                     kemudian luncur ke bawah. Apabila sampai ke penghujung, pemain akan
                     berhenti pada kedudukan tertinggi seketika dan kemudian meneruskan
                     pergerakannya semula.

                     Tenaga keupayaan -> Tenaga kinetik -> Tenaga keupayaan
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10