Page 8 - Nota Sains Tahun 4
P. 8
UNIT 8 – BAHAN
Sumber Asas Bahan
1. Terdapat pelbagai objek yang digunakan dalam kehidupan harian kita.
2. Objek tersebut diperbuat daripada pelbagai sumber asas speerti tumbuh-
tumbuhan, haiwan, petroleum dan batuan.
3. Tumbuh-tumbuhan:
1. Pokok getah menghasilkan bahan getah. Contoh objek: tayar dan sarung
tangan getah.
2. Pokok balak menghasilkan bahan kayu. Contoh objek: almari kayu dan kerusi
kayu.
3. Pokok kapas menghasilkan bahan kapas. Contoh objek: baju dan tuala.
4. Haiwan:
1. Biri-biri menghasilkan bahan bulu biri-biri. Contoh objek: topi bulu dan sweater.
2. Lembu menghasilkan bahan kulit lembu. Contoh objek: kasut kulit dan sofa
kulit.
3. Ulat sutera menghasilkan bahan kokun sutera. Contoh objek: tali leher sutera
dan kain sutera.
5. Petroleum:
1. Petroleum ialah minyak berwarna hitam yang diperoleh dari dalam tanah
untuk dijadikan petrol dan bahan-bahan lain. Petroleum terbentuk daripada
hidupan yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu.
2. Minyak petroleum menghasilkan bahan plastik. Contoh objek: beg plastik dan
botol plastik.
3. Minyak petroleum juga menghasilkan bahan kain sintetik. Contoh objek: baju
hujan dan khemah.
6. Batuan:
1. Logam menghasilkan bahan emas dan kuprum. Contoh objek: rantai emas,
barang piuter dan duit syiling.
2. Tanih menghasilkan bahan tanah liat. Contoh objek: mangkuk seramik dan
batu bata.
3. Tanih juga menghasilkan bahan pasir. Contoh objek: cermin dan botol kaca.

