Page 2 - hac2018
P. 2

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG






            Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu


            Syukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita sekali lagi









                 berjaya mengadakan Hari Anugerah Cemerlang  2018.  Saya ingin

            merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada

            Jawatankuasa Pengelola Hari  Anugerah  Cemerlang  2018  SK Wakaf

            Mempelam  (SeKALAM)                    atas    penganjuran  majlis  yang  amat

            bermakna ini.


            Hari  Anugerah  Cemerlang    ini  merupakan  medium  penghargaan

            sekolah kepada semua murid yang cemerlang dari segi akademik dan

            kokurikulum yang amat membanggakan sekolah. Saya berharap agar
            semua  penerima  anugerah  cemerlang    bagi  tahun    2018  yang  kita

            raikan  pada  majlis  ini  akan  terus  menyumbangkan  jasa  disamping

            memantapkan  diri  dari  segi  akademik  dan  kokurikulum  demi

            memastikan mereka akan terus cemerlang.


            Majlis sebegini juga diharap akan terus merapatkan hubungan akrab

            dalam  kalangan  warga  sekolah  dan  ibubapa  di  samping  berusaha

            untuk  sentiasa  memberikan  perkhidmatan  dengan  ikhlas  dan  tiada

            tolok bandingnya demi  meningkatkan prestasi akademik anak-anak
            SeKALAM.



            Sekali  lagi  saya  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan

            syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah cemerlang serta
            juga   setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua

            guru dan ibubapa yang telah sama-sama menjayakan majlis ini.



            Sekian, terima Kasih.


            KAMARDIN BIN KAFFI
            GURU BESAR

            SK WAKAF MEMPELAM
   1   2   3   4   5   6   7