Page 3 - hac2018
P. 3
SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG
Bismillahirrahmanirrahim dan salam sejaktera
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurniaNya dapat saya memberi sepatah dua kata dalam buku
program Anugerah Kecemerlangan SK Wakaf Mempelam
(SeKALAM) bagi tahun 2018. Saya amat berbangga kerana pada
tahun ini sekali lagi SeKALAM telah berjaya menganjurkan Hari
Anugerah Cemerlang 2018.
Hari Anugerah Cemerlang ialah kayu ukur kepada prestasi dan
pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah
cemerlang, pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan
bagi pelajar yang belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi
kegagalan ialah rajin, tekun dan gigih berusaha. Usaha yang gigih
akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada semua
guru-guru dan pelajar yang telah bekerja keras untuk memastikan
kejayaan dan kelancaran Hari Anugerah Cemerlang 2018 ini. Para
ibu bapa pelajar dan PIBG yang telah menyumbang dan memberi
sokongan secara langsung mahu pun secara tidak langsung
menjayakan majlis diucapkan ribuan terima kasih. Semoga mendapat
keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
CG MOHD ANNUAR BIN NGAH
NYDP PIBG
SK WAKAF MEMPELAM

