Page 7 - hac2018
P. 7
RASIONAL
1. Menjadi perangsang kepada murid-murid supaya berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran
2. Menimbulkan rasa minat di kalangan murid-murid untuk terus cemerlang
dan berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum
MATLAMAT
1. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berkualiti dan berwawasan
2. Mempertingkatkan amalan mencintai ilmu dalam diri murid-murid
3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat juang yang tinggi
dalam bidang kokurikulum
4. Memupuk emosi murid-murid agar berazam ingin maju, berlumba-lumba
menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya
5. Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti
yang bersifat positif
OBJEKTIF
1. Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang
cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik dan kokurikulum
2. Menanam dan memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar
3. Meningkatkan kesedaran dan motivasi dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.

