Page 106 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 106
(b) Faktor Luaran
EMK
Trend menurun turut dipengaruhi oleh keadaan ekonomi yang
lembap atau perlahan. Situasi ini juga disebabkan oleh keadaan Arahan:
Bincangkan dalam kumpulan.
politik dan perundangan sesebuah negara yang tidak stabil. Selain
itu, bencana alam juga akan menyebabkan kesukaran untuk Soalan:
mendapatkan bahan mentah. Kesannya, aktiviti pengeluaran Jelaskan cara menangani
masalah trend mendatar
akan terjejas. dalam perniagaan.
2.2.3 Trend Mendatar Bab 2
Persekitaran perniagaan trend mendatar menggambarkan keadaan
konsisten dalam perniagaan. Trend ini berlaku disebabkan oleh
tiada perubahan yang ketara berlaku terhadap faktor dalaman dan
faktor luaran perniagaan. Oleh itu, perkembangan perniagaan Istilah Perniagaan
berada dalam keadaan malar.
Pasaran tepu (market saturation):
Dalam hal ini, peniaga perlu memainkan peranan penting Pasaran yang mengalami jumlah
untuk meningkatkan aktiviti dan operasi untuk mengembangkan jualan yang statik.
perniagaan. Sekiranya pasaran menjadi tepu, peniaga perlu
meningkatkan daya saing dengan membuat penambahbaikan
pada barang dan perkhidmatan sedia ada, mengeluarkan produk
baharu atau mencari pasaran baharu.
Kadar pertumbuhan
Masa
Rajah 2.13 Carta perniagaan mendatar
Andaikan anda ialah peniaga nasi lemak, cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah
pasaran nasi lemak yang telah tepu di tempat anda.
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 89
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 89 11/7/16 1:43 PM

