Page 102 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 102

Bab 2
                                                                                  Buletin Keusahawanan

                                                                              Duti eksport dikenakan terhadap
                                                                              barang yang dieksport ke luar
                                                                              negara. Contoh barang keluaran
                                                                              utama yang dikenakan duti
                                                                              eksport ialah petroleum, kayu
                                                                              balak, kelapa sawit dan getah.
                              Gambar foto 2.13  Aktiviti import dan eksport
                     Keadaan ini menggalakkan aktiviti eksport ke luar negara.
                 Pendapatan kerajaan meningkat ekoran peningkatan kutipan
                 cukai melalui duti eksport yang dikenakan terhadap perniagaan
                 yang mengeksport ke luar negara.


                 (b) Deflasi

                 Deflasi merupakan satu keadaan kejatuhan harga barang dan
                 perkhidmatan secara berterusan. Antara faktor yang menyebabkan   Minda Kreatif
                 berlaku kejatuhan harga barang atau perkhidmatan termasuklah
                 faktor permintaan jatuh disebabkan oleh penduduk tidak mampu   Jelaskan kesan deflasi kepada
                                                                              usahawan yang baru menceburi
                 membeli barang di pasaran. Selain itu, penduduk meramalkan   bidang perniagaan. Berikan cara
                 harga barang dan perkhidmatan akan terus jatuh, kesannya     membantu usahawan tersebut.
                 pembeli akan menangguhkan pembelian.




                                                       Kesan deflasi




                      Membantutkan aktiviti        Penduduk kehilangan           Kuasa beli penduduk
                           perniagaan                   pekerjaan                    menurun


                                                   Rajah 2.9  Kesan deflasi





                  Berdasarkan Rajah 2.9, jelaskan kesan deflasi.

                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  85






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   85                                                       11/7/16   1:43 PM
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107