Page 104 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 104

2.2      Trend Persekitaran

                            Perniagaan



                 Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu  arah aliran
                 perkembangan sesuatu perniagaan. Persekitaran perniagaan          Istilah Perniagaan
                 dipengaruhi oleh faktor dalaman dan faktor luaran.           Trend (trend):
                                                                              Arah aliran perkembangan
                     Faktor dalaman merupakan faktor yang boleh dikawal       sesuatu kejadian.
                 oleh organisasi yang dikenali sebagai faktor persekitaran tugas.                              Bab 2
                 Faktor ini terdiri daripada gaya pengurusan, sumber manusia,
                 pemasaran, pengeluaran, kewangan dan perakaunan, teknologi
                 maklumat serta penyelidikan dan pembangunan.

                     Faktor luaran pula dikenali sebagai persekitaran umum, iaitu
                 faktor ekonomi, politik dan perundangan, pelanggan, masyarakat,
                 persaingan dan jaringan. Kedua-dua faktor ini mempengaruhi
                 trend perniagaan, iaitu trend meningkat, trend menurun dan
                 trend mendatar.
                                                                                  Minda Kreatif

                                                                              Jelaskan kesan trend persekitaran
                                                                              perniagaan pada masa ini kepada
                                                                              pembangunan usahawan muda.









                               Rajah 2.11  Graf perniagaan meningkat


                 2.2.1  Trend Meningkat                                           Cintai Negara

                 Trend meningkat menunjukkan aktiviti dan operasi perniagaan   Setiap perniagaan yang telah
                 semakin meningkat. Hal ini menggambarkan situasi persekitaran   berjaya perlu membantu bakal
                 perniagaan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi perniagaan   usahawan yang mempunyai
                 dapat memacu perkembangan sesebuah perniagaan.               minat dan semangat untuk
                                                                              turut berjaya.
                 (a) Faktor Dalaman


                 Pekerja yang bermotivasi tinggi, kreatif, inovatif, rajin, berdisiplin
                 dan berkemahiran tinggi dapat meningkatkan daya pengeluaran
                 sesebuah perniagaan. Perniagaan dapat menawarkan barang dan
                 perkhidmatan yang lebih banyak akan meningkatkan keuntungan.
                 Selain itu, pengurusan yang cekap dan sistematik dapat membantu
                 meningkatkan aktiviti dan operasi perniagaan.
                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  87






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   87                                                       11/7/16   1:43 PM
   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109