Page 112 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 112

(c) Pertumbuhan Ekonomi


                 Pertumbuhan ekonomi menyebabkan perniagaan berkembang
                 dengan pesat. Keuntungan dalam perniagaan yang meningkat
                 akan menye babkan perniagaan membayar cukai keuntungan
                 yang tinggi kepada kerajaan.

                     Sementara itu, penduduk juga akan mendapat pendapatan
                 daripada gaji dan upah yang semakin meningkat, dengan jumlah
                 cukai pendapatan yang dibayar oleh pekerja turut meningkat.

                     Kerajaan akan menggunakan pendapatan yang diperoleh                                       Bab 2
                 untuk membangunkan negara termasuk dalam bidang ekonomi.
                 Perkembangan ekonomi pesat dalam sesebuah negara akan
                 mendorong perkembangan sesebuah perniagaan.
                                                                                         Gambar foto 2.20
                                                                                     Pengurusan pembangunan





















                                                Gambar foto 2.21  Aktiviti pembinaan

                 Contoh
                  Pada tahun 1930-an, 1980-an, 1998 dan 2009, negara kita pernah
                  mengalami masalah kemelesetan ekonomi. Pada masa itu,
                  pertumbuhan ekonomi negara adalah perlahan serta memberikan
                  kesan negatif kepada perkembangan perniagaan. Dengan inisiatif
                  dan usaha bersungguh-sungguh pihak kerajaan Malaysia serta
                  mendapat kerjasama penuh daripada rakyat Malaysia, ekonomi
                  negara  berada  di  landasan  yang  baik  seperti  pada  tahun  1999
                  dan  tahun  2000  tetapi  berkembang  dengan  perlahan  pada  tahun
                  2001 disebabkan oleh masalah kemelesetan ekonomi global.     RM  Celik Kewangan

                                                                              Perniagaan perlu bijak membuat
                                                                              pinjaman dengan memilih
                     Berdasarkan contoh di atas, boleh disimpulkan bahawa trend   institusi kewangan yang telah
                 persekitaran pertumbuhan ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu   disahkan dan diluluskan oleh
                 kemerosotan dan perkembangan. Jika trend kemerosotan, negara   Bank Negara Malaysia (BNM).
                 akan menghadapi cabaran untuk memulihkan keadaan ekonomi.
                                                                       Trend Semasa dalam Perniagaan  BAB 2  95






       Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd   95                                                       11/7/16   1:43 PM
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117