Page 113 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 113
Kitaran ekonomi boleh digambarkan melalui Rajah 2.17 seperti
yang berikut:
Kadar pertumbuhan
Melambung
Bab 2 EMK
Arahan:
1 Bentukkan kelas kepada
kumpulan kecil. Kemelesetan
2 Jalankan proses atau aktiviti
sumbang saran. FASA I FASA II Tempoh masa
3 Bincangkan dalam kumpulan.
Rajah 2.17 Graf kitaran ekonomi
Soalan:
1 Jelaskan pengaruh
kitaran ekonomi kepada Huraian
perkembangan sesebuah
organisasi perniagaan. Fasa I: Fasa Kemelesetan
2 Jelaskan kaedah menjadikan
pengaruh positif seperti ketika
ekonomi melambung sebagai
peluang mengukuhkan operasi Penduduk tidak mempunyai wang atau pendapatan yang
perniagaan yang dijalankan. mencukupi untuk membeli produk. Pendapatan kerajaan
juga merosot ekoran jatuhnya pendapatan perniagaan
dan pekerja.
Kadar pengangguran juga turut meningkat kerana
perniagaan tidak dapat menawarkan pekerjaan yang
menyebabkan wujudnya deflasi.
Fasa II: Fasa Melambung
Istilah Perniagaan Pada fasa ini, perniagaan akan menambah pengeluaran
Fasa (phase): produk untuk memenuhi peningkatan penggunaan
Tahap atau peringkat produk yang semakin meningkat.
perkembangan sesuatu keadaan Perniagaan juga memerlukan pekerja yang ramai
perniagaan atau ekonomi. untuk menjalankan aktiviti perniagaan serta mampu
membayar gaji dan upah yang tinggi. Perniagaan juga
akan mengorak langkah ke tahap antarabangsa termasuk
aktiviti eksport dan pelaburan di luar negara.
96 BAB 2 Trend Semasa dalam Perniagaan
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 96 11/7/16 1:43 PM

