Page 114 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 114
2.2.6 Undang-undang Perniagaan
Undang-undang merupakan suatu peraturan yang termaktub
dan ditentukan oleh sesebuah masyarakat untuk mengawal
kelakuan dan tingkah laku anggota sendiri. Dalam konteks Cintai Negara
negara Malaysia, Parlimen memainkan peranan untuk menggubal
undang-undang untuk peringkat Persekutuan manakala Dewan Setiap undang-undang perlu
Undangan Negeri (DUN) pula menggubal undang-undang untuk dipelihara kedaulatannya
peringkat negeri dan kerajaan tempatan. supaya persekitaran yang aman
dapat diwujudkan.
Undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan digubal Bab 2
dan dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan setiap aktiviti
perniagaan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan
dan memberikan kesan positif terhadap persekitaran perniagaan.
Setiap perniagaan yang dijalankan adalah tertakluk kepada
peraturan dan undang-undangnya tersendiri. Hal ini termasuk
aspek undang-undang berkaitan dengan penubuhan dan operasi.
Perkara yang terdapat dalam organisasi perniagaan mengikut
kerangka perundangan adalah seperti berikut:
Peta MINDA
Kesihatan dan
keselamatan
Persekitaran Pekerjaan
Undang-undang
syarikat Organisasi Maklumat
perniagaan
dalam kerangka
perundangan
Pengiklanan Perancangan
Persaingan Perlindungan
pengguna
Rajah 2.18 Organisasi perniagaan dalam kerangka perundangan
Trend Semasa dalam Perniagaan BAB 2 97
Bab2_Txtbk Perniagaan Tg4-25/10.indd 97 11/7/16 1:43 PM

