Page 13 - Perniagaan Tingkatan 4
P. 13

IKON USAHA NIAGA




                                Sesiapa sahaja boleh jadi jutawan asalkan
                                   berani berusaha tanpa putus asa.

                                  Irfan Khairi
                                  Seorang pakar perniagaan Internet dan pengasas Irfan Khairi Sdn. Bhd. (iksb).
                                  Beliau terlibat dalam perniagaan bermula pada usia 20 tahun dan berjaya menjadi
                                  jutawan pada usia 25 tahun. Beliau telah menggunakan kejayaan yang dimiliki untuk
                                  membantu  usahawan  sedia  ada  dan  bakal  usahawan  untuk  turut  berjaya  dalam
                                  bidang perniagaan.




                                                      Jadikan setiap masalah sebagai peluang dan
                                                       bukan sebagai halangan untuk berjaya.
               Neeta Gosalia
               Pengasas Neeta’s Herbal (M) Sdn. Bhd. yang mengeluarkan produk rambut  herba dan
               pusat penjagaan kulit. Beliau telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sebelum bergelar
               usahawan berjaya. Sikap ingin terus berjaya, tidak pernah berputus asa dan yakin pada
               diri menyebabkan beliau berjaya mengharungi setiap cabaran yang mendatang.




                                  Yakinlah bahawa 9/10 rezeki adalah
                                       daripada perniagaan.


                                  Mohd Khairul Nizam Wahiddin
                                  Pengasas  syarikat  Spirit Beauty Sdn. Bhd.  dan  produk  jenama  DEWAMOR
                                  SIGNATURE yang ditubuhkan olehnya sendiri. Beliau merupakan seorang
                                  usahawan muda dan orang kelainan upaya (OKU). Beliau berjaya membuktikan
                                  bahawa  kekurangan  diri  bukan  alasan  atau  halangan  untuk  terus  berjaya  bagi
                                  mengubah nasib diri dan keluarga.





                                                     Berfikir positif akan membuat anda nampak
                                                            peluang di sekeliling anda.
               Lee Thiam Wah
               Pengasas dan pemilik  mini market 99 SPEEDMART melalui syarikatnya, iaitu
               99 SPEED MART SDN. BHD. Beliau merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang
               berjiwa besar dan kental. Beliau berjaya membuktikan melalui usaha yang berterusan
               dan semangat yang tinggi akan mengatasi setiap kelemahan yang wujud.  Sikap berani
               “bertindak di luar kebiasaan” menjadi pencetus kepada kejayaan yang dimilikinya pada
               hari ini.
              x






       02_Txtbk Perniagaan Tg4_Prelims-7/11.indd   10                                                  11/7/16   12:11 PM
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18